Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Angka korban nahas kapal karam di Filipina meningkat 62 orang
  • GLOBAL

Angka korban nahas kapal karam di Filipina meningkat 62 orang

Utusan Sarawak 2 hours ago
GAMBAR fail menunjukkan situasi penumpang yang terselamat.

ISTANBUL: Angka korban nahas kapal penumpang yang karam di Filipina meningkat kepada 62 orang selepas empat lagi mayat ditemukan semasa operasi mencari yang sedang dijalankan, lapor Anadolu Ajansi memetik kenyataan Pengawal Pantai Filipina (PCG) pada Selasa.

“Dengan perkembangan terbaharu ini, jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada 62 orang, manakala 293 mangsa terselamat dan 17 individu lagi masih hilang,” menurut PCG dalam satu kenyataan yang dimuat naik di platform media sosial Facebook lewat Selasa.

Kapal M/V Trisha Kerstin 3 sedang dalam pelayaran ke Pulau Jolo di Wilayah Sulu apabila ia karam di perairan luar Pulau Baluk-Baluk di Wilayah Basilan.

Menurut pihak berkuasa, kapal berkenaan menghantar isyarat kecemasan kira-kira 1.50 pagi (1750 GMT) pada 25 Januari, iaitu kira-kira empat jam selepas bertolak dari Pelabuhan Zamboanga di Mindanao.

Filipina, sebuah negara kepulauan yang terdiri daripada lebih 7,000 pulau, mempunyai sejarah panjang nahas feri yang meragut nyawa, dan sering dikaitkan dengan masalah lebih muatan serta penguatkuasaan peraturan keselamatan maritim yang lemah. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Solat tarawih pertama Ramadan: Suasana kerohanian, perkhidmatan bersepadu di Masjidil Haram
Next: Tiga mayat ditemukan di lokasi nahas helikopter di kawah gunung berapi di barat daya Jepun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.