Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Angka korban kebakaran banguanan pejabat di Jakarta meningkat kepada 22 orang
  • GLOBAL

Angka korban kebakaran banguanan pejabat di Jakarta meningkat kepada 22 orang

Utusan Sarawak 3 hours ago
ANGGOTA bomba mengeluarkan mayat seorang mangsa dari sebuah bangunan tujuh tingkat di pusat Jakarta pada 9 Disember 2025, selepas kebakaran yang meragut sekurang-kurangnya mengingkat 22 nyawa setakat ini. Foto AFP

JAKARTA: Seramai 22 orang disahkan terkorban dalam kebakaran di bangunan pejabat Terra Drone di Jakarta Pusat pada Selasa, menurut pihak berkuasa tempatan, lapor Xinhua.

Dwi Septianto, pegawai kanan Jabatan Penerangan Pejabat Bomba Jakarta Pusat, berkata 29 jentera bomba dan 101 anggota bomba dikerahkan untuk memadamkan kebakaran itu.

“Kami segera bergegas ke lokasi selepas menerima maklumat mengenai kebakaran pada 12.43 tengah hari,” katanya sambil menambah bahawa kebakaran itu dipercayai berpunca daripada sebuah bateri di tingkat pertama bangunan itu.

“Di bangunan itu, bateri litium untuk dron dihasilkan. Mangsa mungkin telah menghidu asap daripada bahan bateri yang terbakar,” kata Septianto. Beliau memaklumkan bahawa kebakaran itu berjaya dikawal pada 5.05 petang waktu tempatan dan semua tingkat telah diperiksa.

Ketua Agensi Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Jakarta Isnawa Adji berkata mangsa terdiri daripada tujuh lelaki dan 15 wanita.

“Seramai 22 orang disahkan maut, manakala 54 yang lain terselamat. Angka mangsa mungkin berubah,” katanya kepada Xinhua melalui telefon, sambil menambah bahawa 18 anggota agensi terlibat dalam operasi pemindahan.

Kesemua mangsa telah dibawa ke Hospital Polis Kramat Jati di Jakarta Timur.- Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Australia kuatkuasa larangan penggunaan media sosial kanak-kanak bawah 16 tahun hari ini, pertama di dunia
Next: 7 maut pesawat pengangkut tentera Rusia terhempas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.