Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Angka korban gempa Myanmar meningkat kepada 3,706 orang
  • GLOBAL

Angka korban gempa Myanmar meningkat kepada 3,706 orang

Utusan Sarawak 3 weeks ago
PENYELAMAT Myanmar dan China membawa mayat mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan ‘Sky Villa Condominium development’ di Mandalay pada 2 April lepas. Foto AFP

ISTANBUL: Angka kematian akibat gempa bumi kuat berukuran 7.7 skala Richter yang melanda Myanmar meningkat kepada 3,706 orang, dengan 5,017 lagi cedera dan 130 masih hilang setakat semalam, lapor Anadolu Ajansi memetik Myanmar Now.

Gegaran kuat pada 28 Mac itu turut dirasai di negara jiran termasuk Thailand, menyebabkan bangunan Pejabat Audit Negara runtuh di Bangkok.

Menurut Bangkok Post, angka kematian akibat runtuhan bangunan meningkat kepada 44 orang pada Selasa selepas lebih banyak mayat ditemukan di lokasi kejadian.

Timbalan Gabenor Bangkok Tavida Kamolvej berkata cebisan mayat yang ditemukan dihantar kepada polis forensik untuk pengesahan identiti, sekali gus mengesahkan angka korban.

Menurut Pentadbiran Metropolitan Bangkok, seramai 50 orang masih dilaporkan hilang di lokasi berkenaan.

Pihak berkuasa Thailand meminta kedutaan Myanmar mengumpul sampel DNA daripada penduduk yang tinggal berhampiran sempadan Myanmar-Thailand bagi membantu proses pengecaman mangsa.

Pegawai daripada pelbagai agensi kerajaan turut menjalankan siasatan berhubung punca runtuhan bangunan, termasuk menyemak latar belakang kontraktor dan menilai kualiti bahan binaan yang digunakan. – Bernama-Anadolu

Tags: Global

Continue Reading

Previous: PM Singapura Wong, menteri luar zahir ucapan takziah atas pemergiaan bekas PM Tun Abdullah
Next: Anak Maradona beritahu mahkamah, kematian ayahnya boleh dielakkan 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.