



FOTO ini yang diambil pada 4 Oktober 2025 menunjukkan pemandangan udara rumah-rumah yang dilanda banjir berhampiran sungai yang melimpah selepas sebuah empangan melepaskan air akibat hujan lebat yang dibawa oleh Ribut Tropika Matmo di Bandar Tuguegarao, wilayah Cagayan. Foto AFP
MANILA: Pasukan penyelamat menemukan dua lagi mayat di bawah runtuhan gempa bumi bermagnitud 6.9 yang melanda tengah Filipina pada 30 September, menjadikan angka korban meningkat kepada 74 orang, menurut badan tertinggi negara itu bagi pengurusan dan pengurangan risiko bencananpada Khamis, lapor Xinhua.
Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan (NDRRMC) seterusnya melaporkan bahawa 559 orang telah cedera dalam gempa luar pesisir pada kedalaman lima kilometer yang melanda wilayah Cebu itu.
Gegaran itu menjejaskan lebih 189,000 keluarga atau kira-kira 666,000 penduduk kampung dan menyebabkan kerosakan meluas pada infrastruktur, kediaman dan perniagaan.- Bernama-Xinhua