Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Angka korban di Gaza melebihi 54,500 orang
  • GLOBAL

Angka korban di Gaza melebihi 54,500 orang

Utusan Sarawak 2 days ago
TENTERA Israel menyambung semula serangan ke atas Semenanjung Gaza pada 18 Mac dan sejak itu telah membunuh 4,240 orang serta mencederakan hampir 12,860 yang lain.

ANKARA: Sekurang-kurangnya 54,510 rakyat Palestin terbunuh dalam perang genosid yang dilancarkan Israel sejak Oktober 2023, menurut Kementerian Kesihatan pada Selasa, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Kementerian itu dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa 40 mayat dibawa ke hospital dalam tempoh 24 jam lepas, manakala 208 orang lagi cedera, menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang cedera kepada 124,901 orang akibat serangan berterusan Israel.

“Ramai mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan dan di jalan raya kerana pasukan penyelamat tidak dapat mengakses mereka,” menurut kenyataan itu.

Tentera Israel menyambung semula serangan ke atas Semenanjung Gaza pada 18 Mac dan sejak itu telah membunuh 4,240 orang serta mencederakan hampir 12,860 yang lain, sekali gus memusnahkan perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan yang berkuat kuasa pada Januari.

Pada November lepas, Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant atas tuduhan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza.

Israel turut berdepan kes genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung perangnya di di wilayah berkenaan. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Dinding penjara rosak akibat gempa bumi, lebih 200 banduan melarikan diri di Karachi
Next: China lancar Visa ASEAN untuk 10 negara ASEAN, Timor-Leste

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.