Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Angka korban di Gaza hampiri 54,800, serangan Israel berterusan semasa Aidiladha
  • GLOBAL

Angka korban di Gaza hampiri 54,800, serangan Israel berterusan semasa Aidiladha

Utusan Sarawak 3 weeks ago
JEMAAH Islam berjalan kaki selepas menghadiri solat subuh untuk Aidiladha, hari raya korban, di masjid Nour di kejiranan Abu Amin di timur laut Kota Gaza. Foto AFP

ANKARA: Sekurang-kurangnya 54,772 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan genosid Israel sejak Oktober 2023, lapor Anadolu Ajansi (AA) yang memetik Kementerian Kesihatan hari ini.

Dalam satu kenyataan, kementerian itu berkata sebanyak 95 mayat dibawa ke hospital dalam tempoh 48 jam lepas manakala 304 lagi cedera, menjadikan jumlah keseluruhan kecederaan akibat serangan Israel kepada 125,834 orang.

“Ramai mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan dan di atas jalan raya kerana pasukan penyelamat tidak mempunyai akses kepada mereka,” menurut kenyataan itu lagi.

Tentera Israel menyambung semula serangan ke atas Semenanjung Gaza pada 18 Mac lepas dan sejak itu telah membunuh 4,497 orang serta mencederakan 13,793 yang lain, sekali gus memusnahkan perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan yang dicapai pada Januari. -Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Trump pula kata Elon Musk sudah ‘hilang akal’
Next: 40 orang keracunan makanan di Iraq

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.