Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Angka korban dan individu hilang akibat Taufan Yagi cecah 336 orang
  • GLOBAL

Angka korban dan individu hilang akibat Taufan Yagi cecah 336 orang

Utusan Sarawak 8 months ago

Kawasan ditenggelami air di Hanoi. Foto AFP

HANOI: Angka kematian dan jumlah orang hilang akibat Taufan Yagi, banjir dan tanah runtuh telah meningkat kepada 336 setakat pukul 7 pagi Jumaat, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA), memetik data yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Daik Vietnam di bawah Kementerian Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar.

Jumlah itu merangkumi 233 kematian dan 103 orang hilang.

Wilayah pergunungan utara Lào Cai adalah kawasan paling teruk terjejas dengan 98 kematian dan 81 orang hilang.

Banjir kilat dan tanah runtuh yang dahsyat di perkampungan Làng Nủ di Komun Phúc Khánh, Daerah Bảo Yên pada 10 September lepas, khususnya mengakibatkan sejumlah 110 orang mati atau hilang.

Pihak berkuasa tempatan melaporkan lebih 9,000 rumah di seluruh wilayah itu telah ditenggelami air, terhakis atau dihanyutkan oleh banjir. 

Banyak kampung masih terputus hubungan, dan penduduk tidak dapat bergerak akibat banjir dan tanah runtuh yang menghalang jalan. Jumlah kerosakan harta benda dianggarkan mencecah trilion đồng.

Pihak berkuasa Wilayah Lào Cai, bersama pelbagai kementerian dan agensi, terus mengerahkan semua tenaga yang ada untuk melaksanakan operasi mencari dan menyelamat serta mengurangkan impak bencana itu.

Di perkampungan Nủ sahaja, seramai 650 orang terlibat dalam usaha mencari dan menyelamat, termasuk 350 penduduk tempatan dan 300 askar dari Wilayah Ketenteraan 2. 

Selain tanah runtuh di perkampungan Nủ, satu lagi kejadian tanah runtuh di perkampungan Nậm Tông di Komun Nậm Lúc, di Daerah Bắc Hà lapan rumah tertimbus sepenuhnya, mengakibatkan tujuh kematian dan 11 kecederaan. Sehingga pagi Khamis, 11 orang masih hilang.

Satu lagi kematian akibat banjir dilaporkan di Wilayah Phú Thọ .

Cao Bằng mencatatkan 52 mangsa (43 kematian, sembilan hilang), Yên Bái 48 (42 kematian, enam hilang), dan Quảng Ninh melaporkan 15 kematian.

— BERNAMA-VNA

Continue Reading

Previous: Indonesia umum ujian pendaratan pertama  lapangan terbang ibu negara baharu
Next: China akan menaikkan umur persaraan, krisis demografi semakin teruk

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.