NEW DELHI: Angka korban akibat banjir di negeri Assam, timur laut India meningkat kepada 82 orang, menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Negeri pada Jumaat, lapor Anadolu Ajansi.
“Pusat pemindahan, pusat pengagihan bantuan dan usaha pemulihan terus dilaksanakan bagi membantu keluarga terjejas ketika keadaan beransur pulih,” menurut pihak berkuasa.
Lebih 1.1 juta penduduk terjejas akibat banjir di negeri berkenaan, menurut pegawai.
Ketua Menteri Assam Himanta Biswa Sarma berkata penilaian menyeluruh terhadap kerosakan akan dijalankan, selain perbincangan dengan syarikat insurans bagi membantu mengurangkan kerugian yang ditanggung penduduk terjejas.- Bernama-Anadolu





