SEORANG lelaki berdiri pada 9 Februari 2026 di atas runtuhan sebuah bangunan kediaman lama yang runtuh di kawasan Bab al-Tabbaneh, di bandar Tripoli, utara Lubnan, sehari sebelumnya. Jumlah korban akibat runtuhan bangunan di bandar Tripoli, utara Lubnan, meningkat kepada 14 orang selepas operasi mencari dan menyelamat berakhir, menurut ketua pertahanan awam pada 9 Februari. Foto AFP
ISTANBUL: Angka korban akibat runtuhan sebuah bangunan kediaman di Bandar Tripoli, utara Lubnan meningkat kepada 14 orang, menurut pihak berkuasa semalam, lapor Anadolu Ajansi.
Ketua Pengarah Pertahanan Awam negara itu, Mejar Jeneral Imad Khreiss berkata, operasi mencari dan menyelamat telah tamat, denganĀ 14 individu maut dalam kejadian itu manakala lapan yang lain berjaya diselamatkan, lapor Agensi Berita Nasional kendalian kerajaan.
SEORANG wanita memandang keluar dari tingkap sebuah bangunan usang di kawasan Bab al-Tabbaneh, di bandar Tripoli, utara Lubnan, pada 9 Februari 2026. Jumlah korban akibat runtuhan bangunan di bandar Tripoli, utara Lubnan, meningkat kepada 14 orang selepas operasi mencari dan menyelamat berakhir, menurut ketua pertahanan awam pada 9 Februari. Foto AFP
Pihak berkuasa berkata sebuah bangunan bertingkat runtuh pada Ahad di kejiranan al-Tabbaneh, Tripoli. Kawasan berkenaan merupakan antara kawasan termiskin di bandar itu dengan kejadian bangunan runtuh sering berlaku disebabkan infrastruktur yang daif.
Presiden Lubnan Joseph Aoun mengkritik pihak berkuasa tempatan kerana gagal mengambil “langkah berjaga-jaga yang sewajarnya bagi mengelakkan kejadian bangunan runtuh dan kehilangan nyawa mereka yang tidak bersalah.”
ASKAR Lubnan mengawal lokasi kejadian pada 9 Februari 2026, di mana sebuah bangunan kediaman lama runtuh di kawasan Bab al-Tabbaneh, Tripoli, sehari sebelumnya. Jumlah korban akibat runtuhan bangunan di bandar Tripoli, utara Lubnan, meningkat kepada 14 orang selepas operasi mencari dan menyelamat berakhir, menurut ketua pertahanan awam pada 9 Februari. Foto AFP
Bulan lepas, dua orang terkorban manakala beberapa yang lain cedera apabila sebuah bangunan kediaman runtuh di bandar yang sama. – Bernama