Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Angka kematian akibat Bualoi di Filipina meningkat kepada 19, lebih dua juta terjejas
  • GLOBAL

Angka kematian akibat Bualoi di Filipina meningkat kepada 19, lebih dua juta terjejas

Utusan Sarawak 1 day ago
FILIPINA memindahkan ratusan ribu penduduk dan mengesahkan sekurang-kurangnya tiga kematian pada 26 September ketika negara itu berdepan dengan satu lagi taufan tropika, beberapa hari selepas dilanda Taufan Super Ragasa yang membawa maut. Foto: Pengawal Pantai Filipina (PCG)/AFP

ANKARA: Angka kematian akibat Ribut Tropika Bualoi di Filipina meningkat kepada 19, dengan lebih dua juta orang terjejas di seluruh wilayah berbeza, menurut pegawai pada Sabtu, lapor Anadolu Ajansi yang memetik akhbar tempatan.

Menurut Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan (NDRRMC), setakat ini 19 meninggal dunia dan 18 cedera dalam siklon tropika, yang dikenali di peringkat tempatan sebagai Opong, Nando, dan Mirasol, lapor saluran media tempatan Inquirer, memetik NDRRMC.

Menurut pihak berkuasa, lebih dua juta orang terjejas, dengan setakat ini 407,914 orang dipindahkan ke tempat selamat manakala ribuan yang lain hilang tempat tinggal.

Kira-kira 32 bandar dan kawasan perbandaran diletakkan di bawah keadaan bencana, manakala angin kencang turut menjejaskan bekalan elektrik di 143 bandar dan kawasan perbandaran.

FOTO: Pengawal Pantai Filipina (PCG)/AFP
FOTO: Pengawal Pantai Filipina (PCG)/AFP

Hujan lebat, angin kencang dan banjir merosakkan lebih 5,200 rumah dan 7,678 penumpang terkandas di pelabuhan akibat keadaan laut bergelora.

Pada Jumaat, Bualoi membawa hujan lebat dan angin kencang ke tengah Filipina dan selatan Luzon, menimbulkan ancaman tambahan kepada penduduk yang masih berada di Bulacan yang dilanda banjir.

Ribut itu berlaku selepas landaan Taufan Super Ragasa, baru-baru ini, menyebabkan lebih 20 maut di Taiwan dan Filipina.- Bernama-Anadolu

Continue Reading

Previous: Gempa bumi bermagnitud 5.6 landa Wilayah Gansu, barat laut China
Next: Waran tangkap dikeluarkan terhadap Bashar Al-Assad atas pertuduhan berkaitan insiden Daraa 2011

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.