Anggota tentera maut tertembak pemburu haram di Song

Facebook
WhatsApp
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mancha Ata

SIBU: Anggota tentera maut terkena tembakan dipercayai dilepaskan oleh pemburu haram ketika sedang menjalani latihan di kawasan Song hari ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mancha Ata berkata, polis menerima laporan berhubung kejadian itu yang berlaku di kawasan hutan Batu 5 Jalan Balak Multiplus, Song pada 5.57 pagi tadi.

“Pengadu memaklumkan bahawa seorang askar yang sedang menjalani latihan terkena tembak orang awam yang memburu di kawasan tersebut. 

“Mangsa kemudiannya telah dibawa ke Hospital Kapit dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan pada pukul 7.43 pagi tadi di Hospital Kapit,” katanya.

Katanya, setakat ini belum ada tangkapan dan pihak polis masih giat mengesan suspek yang betanggungjawab.

“Kes masih dalam siasatan,” katanya.

Oleh TARANI LANTING