Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Anggota tentera dilapor hilang di Semporna ditemui selamat di Sarawak
  • NASIONAL

Anggota tentera dilapor hilang di Semporna ditemui selamat di Sarawak

Utusan Sarawak 6 hours ago

KUALA LUMPUR: Seorang anggota tentera yang dilaporkan hilang ketika bertugas dalam Operasi PASIR Sektor Semporna Siri 1/2026 berjaya dikesan dan didapati Tidak Hadir Tanpa Cuti (THTC).

Markas Angkatan Bersama (MK AB) memaklumkan Renjer Fredenick Petrus, 21, dari Kompeni C, Batalion Ke-6 Rejimen Renjer Diraja (6 RRD), tidak ditemukan semasa pemeriksaan baris pagi di Pos Pulau Pandanan pada 14 Mac lepas, sebelum usaha pengesanan dilaksanakan.

“Hasil tindakan pengesanan, anggota berkenaan telah ditangkap oleh pasukan 3 Kompeni Kor Polis Tentera Diraja (KPTD) di Kota Samarahan, Sarawak pada 19 Mac.

“Anggota itu seterusnya dibawa ke hadapan Majistret Kota Samarahan dan kini berada dalam tahanan tentera di Kem Muara Tuang, Kota Samarahan, Sarawak bagi tujuan siasatan lanjut,” menurut MK AB dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan itu memaklumkan siasatan terperinci sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar ketidakhadiran anggota tersebut. 

“Tindakan sewajarnya akan diambil selaras dengan peraturan serta undang-undang di bawah Akta Angkatan Tentera (ATM) 1972. MK AB komited untuk memastikan setiap kes ditangani secara profesional, telus dan berintegriti.

“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan proses siasatan,” menurut kenyataan itu. – Bernama

Continue Reading

Previous: Siti Nurhaliza sekali lagi dipilih wakil Spotify EQUAL Malaysia dan Singapura
Next: Larangan RON95 diperluas kepada kenderaan asing mulai 1 April

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.