Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Anggota JPJ menyamar penumpang pantau pemakaian tali pinggang keledar dalam bas
  • SEMASA

Anggota JPJ menyamar penumpang pantau pemakaian tali pinggang keledar dalam bas

Utusan Sarawak 1 day ago
JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) menjalankan operasi khas penguatkuasaan penuh terhadap pemakaian tali pinggang keledar bagi pemandu dan semua penumpang bas ekspres serta bas persiaran di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Dengkil arah utara, hari ini. Sejak 1 Januari 2020, semua pengusaha bas ekspres diwajibkan memastikan setiap tempat duduk dilengkapi dengan tali pinggang keledar yang berada dalam keadaan baik dan berfungsi. Foto BERNAMA

ALOR SETAR:  Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan taktik penyamaran bagi mengesan pemandu dan penumpang bas ekspres serta persiaran yang tidak memakai tali pinggang keledar selepas arahan dikuatkuasakan bermula semalam.

Pengarah JPJ Kedah Stien Van Lutam berkata taktik penyamaran membolehkan tindakan saman terus dikenakan terhadap pemandu dan penumpang yang gagal mematuhi peraturan berkenaan.

“Penguatkuasaan kita bukan terhad kepada sekatan jalan raya atau pemeriksaan di terminal bas dan hentian Rehat dan Rawat, tapi menerusi penyamaran. Sekiranya terdapat penumpang atau pemandu sendiri tidak memakai tali pinggang keledar dan ada bukti visual di situ, kita akan keluarkan kompaun.

“Pengunaan tali pinggang keledar ini untuk diri sendiri kerana apabila berlaku kemalangan kita tak mahu penumpang tercampak keluar dari tempat duduk disebabkan tak pakai tali pinggang keledar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa Ops Pemakaian Tali Pinggang Keledar Bas Ekspres dan Bas Persiaran di Plaza Tol Alor Setar arah Utara di sini semalam.

Dalam operasi kira-kira 4.30 petang itu, sebanyak 18 bas ekspres dan bas persiaran diperiksa dengan 16 notis kompaun dan dua notis peringatan dikeluarkan kepada penumpang kerana tidak memakai tali pinggang keledar.

Beliau berkata pemeriksaan turut mendapati kebanyakan tali pinggang keledar di dalam bas tidak berfungsi dengan baik dan JPJ akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta agensi terlibat untuk melaksanakan operasi berkenaan dari semasa ke semasa.

“Ini soal keselamatan, saya ingatkan pemandu bas agar menyediakan kemudahan yang memang boleh digunakan sebab kita lihat kemudahan itu ada di tempat duduk, tapi kondisinya tak bagus, tak boleh pasang dan sebagainya. Ini tak adil bila kita nak saman, kemudahan itu tak ada,” katanya.

JPJ melaksanakan penguatkuasaan penuh terhadap pemakaian tali pinggang keledar bagi pemandu dan semua penumpang bas ekspres dan persiaran selaras dengan Peruntukan  di bawah Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Tali Pinggang Keledar dan Sistem Kekangan Kanak-Kanak) 1978 Pindaan (2008).– Bernama

Continue Reading

Previous: Tarikh akhir kemuka borang nyata tahun taksiran 2024 pada 15 Julai ini – LHDN
Next: India hasrat permudah permohonan OCI bagi masyarakat India Malaysia – Pesuruhjaya Tinggi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.