Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Anggota bomba cipta robot SG1 bantu padam kebakaran, penyelamatan
  • NASIONAL

Anggota bomba cipta robot SG1 bantu padam kebakaran, penyelamatan

Utusan Sarawak 1 year ago

KETUA Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Serai, Ahmad Noor Syamsi Zainoldin akan memastikan Serai Gorgon 1 (SG1) dalam keadaan baik sebelum melakukan operasi ketika ditemui di Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Serai semalam. Beliau berkata kos pembikinan robot seberat 71 kilogram (kg) menelan belanja sekitar RM11,000 dan 90 peratus material yang digunakan adalah daripada besi dan barangan elektrik terpakai. FotoBERNAMA

BAGAN SERAI: Mengelak risiko kecederaan selain memastikan operasi mengawal kebakaran dan penyelamatan berjalan lancar, Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Serai telah mengambil inisiatif mencipta robot dikenali sebagai ‘Serai Gorgon 1’ (SG1).

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Serai, Ahmad Noor Syamsi Zainoldin berkata, penciptaan SG1 bermula Julai tahun lepas dan mengambil masa selama dua bulan untuk disiapkan melalui idea serta penggabungan kemahiran enam anggota balai berkenaan.

Beliau berkata, kos pembikinan robot seberat 71 kilogram (kg) menelan belanja sekitar RM11,000 dan 90 peratus material yang digunakan adalah daripada besi dan barangan elektrik terpakai.

“Idea untuk penciptaan robot ini pada asalnya tercetus setelah memikirkan risiko kecederaan dan kematian yang sering dihadapi oleh anggota bomba dalam pelbagai operasi terutama membabitkan kes-kes kebakaran dan penyelamatan.

“Bagi penghasilan robot itu antara material yang digunakan adalah seperti besi jenis persegi berongga dengan ketebalan 1.6 milimeter (mm), gegancu motosikal, pemercik air, motor tingkap kuasa dan sebagainya,” katanya ketika ditemui Bernama di Balai Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Serai di sini, kelmarin.

SERAI Gorgon 1 (SG1) yang terdapat di Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Serai untuk kegunaan bantuan pemadam kebakaran. Idea untuk penciptaan robot ini pada asalnya tercetus setelah memikirkan risiko kecederaan dan kematian yang sering dihadapi oleh anggota bomba dalam pelbagai operasi terutama membabitkan kes-kes kebakaran dan penyelamatan. Bagi penghasilan robot itu antara material yang digunakan adalah seperti besi jenis ‘hollow square’ dengan ketebalan 1.6 milimeter (mm), gegancu (sprocket) motosikal, pemercik air (water sprinkler), motor tingkap kuasa (power window) dan sebagainya. FotoBERNAMA

Ahmad Syamsi berkata pihaknya juga telah bekerjasama dengan Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) serta Universiti Sains Malaysia (USM) pada Ogos lepas bagi menilai keupayaan serta ketahanan SG1.

“Kerjasama itu memfokuskan kepada sesi ujian bagi menilai tahap keupayaan dan ketahanan SG1 khususnya dalam membantu operasi anggota bomba.

“Hasil dapatan daripada ujian yang dilakukan, SG1 mampu bertahan sehingga suhu mencecah 300 darjah Celsius manakala melalui kerja-kerja penyelamatan pula robot ini berupaya mengangkat beban semaksimum 250kg,” katanya.

KETUA Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Serai, Ahmad Noor Syamsi Zainoldin menunjukkkan alat kawalan jauh dan ‘otak’ Serai Gorgon 1 (SG1) ketika ditemui di Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Serai semalam.
Foto BERNAMA

Mengulas lanjut berkaitan kelebihan dimiliki SG1, katanya robot tersebut turut dilengkapi dengan alat kawalan jauh, sistem kamera, pengesan gas, muncung semburan air dan water curtain.

“Alat kawalan jauh fungsinya adalah untuk mengawal pergerakan SG1 dalam melaksanakan operasi. Sistem kamera membekalkan isyarat secara visual berkenaan risiko yang terdapat di kawasan sekeliling.

“Pengesan gas berfungsi mengesan gas berbahaya yang terdapat di lokasi, muncung semburan air berperanan dalam mengawal pergerakan air serta jenis semburan bersesuaian yang perlu dilakukan dan water curtain pula berfungsi bagi melindungi SG1 daripada bahang panas melampau,” katanya.

KETUA Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Serai, Ahmad Noor Syamsi Zainoldin (tiga, kanan) bersama pegawainya menunjukkan sijil dan trofi serta replika cek yang dimenangi pada Pertandingan Inovasi Jabatan Bomba dan Penyelamat 2023 ketika ditemui di Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Serai semalam.

Selain itu, anak jati kelahiran Bagan Serai berusia 42 tahun itu menjelaskan robot tersebut turut berperanan dalam menembusi ruang-ruang sempit yang sukar ditembusi oleh anggota bomba dalam mana-mana operasi kebakaran dan penyelamatan.

“Bagi kami, robot ini adalah benteng hadapan bagi melancarkan operasi dan mengurangkan risiko atau ancaman keselamatan terhadap anggota,” katanya.

Selain itu, katanya, SG1 juga pernah digunakan dalam dua operasi khusus melibatkan pembakaran terbuka yang berlaku di kawasan sekitar pada Ogos dan Oktober lalu.

Bercerita mengenai pengiktirafan terhadap SG1, beliau berkata penghasilan robot itu telah menobatkan Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Serai selaku juara bagi Pertandingan Anugerah Minggu Inovasi Negeri Perak 2023 sempena Sambutan Minggu Inovasi Tahun 2023 JBPM yang berlangsung 16 November lalu.

“Pengiktirafan ini amat bermakna buat kami dan akan dijadikan sebagai azimat serta pembakar semangat dalam meningkatkan lagi produktiviti SG1 bagi melancarkan operasi sekali gus mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga anggota dalam sesuatu operasi,” katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: PM Anwar bayangkan rombakan Kabinet bulan ini
Next: Harga runcit minyak masak tulen dalam botol kekal – KPDN

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.