Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Anggota bomba Batu Niah lulus ujian air kencing, bebas dadah
  • Utara
  • WILAYAH

Anggota bomba Batu Niah lulus ujian air kencing, bebas dadah

Utusan Sarawak 9 hours ago
AADK Miri telah berjaya melaksanakan satu ujian saringan air kencing membabitkan semua pegawai dan anggota termasuk empat daripada Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Pekan Batu Niah di BBP Batu Niah, hari ini.

BATU NIAH: Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Miri telah berjaya melaksanakan satu ujian saringan air kencing membabitkan semua pegawai dan anggota termasuk empat daripada Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Pekan Batu Niah di BBP Batu Niah di sini, hari ini.

Ketua BBP Batu Niah, PBT II Rary Binjie, ketika dihubungi, memaklumkan bahawa program yang berlangsung dari 9.30 pagi hingga 11.00 pagi itu diadakan dengan kerjasama AADK Miri.

ANGGOTA bomba dan PBS Batu Niah jalani ujian air kencing kendalian AADK Miri sebagai langkah kawalan integriti.

Menurut beliau, inisiatif itu merupakan program tahunan yang dilaksanakan selaras dengan arahan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk memastikan semua pegawai dan anggota bebas daripada sebarang penyalahgunaan bahan terlarang, khususnya dadah.

“Ujian saringan air kencing ini penting dalam memastikan tahap disiplin, kesiapsiagaan dan integriti dalam kalangan anggota sentiasa berada pada tahap tertinggi demi memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat,” katanya.

Hasil ujian mendapati kesemua pegawai, anggota tetap dan sukarela yang terlibat disahkan bebas dadah, sekali gus mencerminkan tahap komitmen dan integriti pasukan bomba di Batu Niah.

Difahamkan bahawa setakat ini, BBP Batu Niah ini mempunyai seorang Pegawai dan 23 anggota.

Oleh Adum Liu

Continue Reading

Previous: Stampin Resettlement Scheme residents urged to stop illegal dumping
Next: 122 tong air diagihkan kepada penduduk Kampung Kaba

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.