Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Anggota bertugas di lapangan guna kamera badan elak pelanggaran SOP – APMM
  • NASIONAL

Anggota bertugas di lapangan guna kamera badan elak pelanggaran SOP – APMM

Utusan Sarawak 10 months ago
GAMBAR hiasan.

PUTRAJAYA: Anggota penguat kuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang bertugas di lapangan akan memakai kamera badan bagi memastikan tiada pelanggaran prosedur operasi standard (SOP).

Pemangku Ketua Pengarah APMM Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim berkata, langkah berkenaan adalah satu daripada usaha bagi memastikan penguat kuasa APMM melaksanakan tugas dengan penuh integriti khususnya ketika menjalankan operasi di perairan negara.

Beliau berkata, APMM giat melaksanakan inisiatif di bawah Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) selain turut dalam pelaksanaan ke arah pensijilan MS ISO 37001 Sistem Pengurusan Antirasuah (ABMS).

“Sebagai permulaan, (penggunaan kamera badan) digunakan penguat kuasa APMM yang mengiringi wang milik Bank Simpanan Nasional (BSN) ke Pulau Tioman sebelum pelaksanaannya diperluaskan setelah proses perolehan diluluskan kerajaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menekankan agar jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) melaksanakan penerapan integriti kepada seluruh warga jabatan masing-masing.

Saiful Lizan memaklumkan APMM telah menggunakan Unit Pengawasan Bergerak (MSU) yang berfungsi sebagai radar bergerak untuk mengesan aktiviti mencurigakan di perairan negara sekali gus menjadi aset pelengkap pengawasan pantai kepada Sistem Pengawasan Laut Malaysia (SWASLA) sedia ada.

“APMM turut mengoperasikan sistem Cospas Sarsat sejak 2015 melalui Pusat Kawalan Misi Malaysia (MYMCC) yang mampu menerima isyarat kecemasan dari pelbagai jenis suar,” katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: MAQIS gagalkan cubaan bawa masuk sarang burung bernilai RM8,000
Next: 1,671 pegawai, anggota polis dibuang kerja dalam tempoh 10 tahun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.