Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Anggota BBP Lutong bebas dadah, sedia jayakan pelbagai program komuniti
  • Utara
  • WILAYAH

Anggota BBP Lutong bebas dadah, sedia jayakan pelbagai program komuniti

Utusan Sarawak 3 days ago
BEBAS DADAH… Sebahagian pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Lutong menjalani ujian saringan air kencing bagi memastikan mereka bebas daripada penyalahgunaan dadah.

MIRI: Seramai 25 pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong disahkan bebas daripada sebarang penyalahgunaan dadah selepas menjalani ujian saringan air kencing yang dijalankan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Miri, hari ini.

Ujian saringan itu diketuai Ketua AADK Daerah Miri, Rosmah Nasir dan diadakan di BBP Lutong sebagai sebahagian daripada usaha memastikan integriti dan tahap kesiapsiagaan pasukan sentiasa berada di tahap tertinggi.

Ketua BBP Lutong, Henry Jugah meluahkan rasa bangga dan gembira dengan keputusan ujian tersebut yang menunjukkan semua pegawai serta anggota bebas daripada dadah dan bahan terlarang.

“Hasil ujian menunjukkan semua pegawai dan anggota yang terlibat adalah negatif. Ini mencerminkan tahap disiplin dan komitmen tinggi pasukan kami,” katanya.

Selain ujian saringan, BBP Lutong turut melaksanakan pemeriksaan peralatan serta mengadakan Mesyuarat Pengurusan Balai Bil. 2/2025 bagi merancang aktiviti sepanjang baki tahun ini.

“Antara perancangan kami termasuk Sukaneka Bersama Media Utara, Pertandingan Sepak Takraw Tertutup dan Majlis Ruang Ria Bersama Bomba dan Penyelamat Lutong,” tambahnya.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Urgent repairs needed for collapsing back lane drain at Lorong 2, Jalan Burung Rawa
Next: Wong King Yii calls for wind velocity test update, proposes tree management overhaul

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.