Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Anggota APM Lubok Antu berjaya tangkap ular kapak sepanjang satu meter di Wong Panjai
  • Tengah
  • WILAYAH

Anggota APM Lubok Antu berjaya tangkap ular kapak sepanjang satu meter di Wong Panjai

Utusan Sarawak 7 hours ago
ANGGOTA APM Daerah Lubok Antu berjaya menangkap seekor ular kapak sepanjang kira-kira satu meter di kawasan Wong Panjai, petang senalam. Foto: APM Lubok Antu

LUBOK ANTU: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Lubok Antu berjaya menangkap seekor ular kapak sepanjang sekitar satu meter dalam satu kejadian di kawasan Wong Panjai, petang semalam.

Pegawai APM Daerah Lubok Antu, Leftenan Desem Samuel berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada 5.10 petang sebelum sepasukan anggota digerakkan ke lokasi dua minit kemudian.

Menurut beliau, pasukan APM tiba di lokasi pada 5.27 petang dan mendapati reptilia berbisa itu berada di dalam kawasan tempat memanggang berhampiran sebuah rumah, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan penghuni

“Pengadu memaklumkan beliau ternampak ular berkenaan ketika berada di luar rumah.

“Bimbang akan keselamatan diri serta keluarga, pengadu segera menghubungi APM untuk mendapatkan bantuan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Operasi berkenaan melibatkan tiga anggota APM dengan menggunakan sebuah ambulans pacuan empat roda serta peralatan operasi termasuk penyepit dan kotak khas ular.

Leftenan Desem berkata, sebaik tiba di lokasi, pasukan terus menjalankan pencarian sebelum berjaya menangkap ular tersebut menggunakan teknik menyepit selepas beberapa minit operasi dijalankan.

“Operasi tamat sepenuhnya pada 5.38 petang tanpa sebarang kecederaan dilaporkan,” ujarnya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada, khususnya di kawasan kediaman berhampiran hutan atau semak, serta segera menghubungi pihak berkuasa sekiranya berdepan ancaman hidupan liar berbahaya.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Majlis Perbandaran Kota Samarahan sita kenderaan terbiar di Desa Ilmu
Next: APM Lubok Antu bantu warga emas lemah anggota badan, hantar ke Klinik Kesihatan Merindun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.