
BELURU: Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Beluru menerima panggilan kecemasan mohon bantuan untuk memusnahkan sarang serangga di tepi bumbung kuarters guru di SK Sungai Bain Beluru semalam.
Pegawai Pertahanan Awam (APM) Daerah Marudi memberitahu pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam memberitahu terdapat sarang serangga jenis tebuan lebih kurang bersaiz 10 inci x 10 inci.
Katanya, selepas menerima panggilan itu, tiga anggota APM Beluru dari Skuad Charlie, diketuai Pbt. (PA) Gadieng Issau, bergegas ke lokasi pada 5.30.
Setiba di lokasi anggota APM menghubungi pengadu untuk mendapatkan maklumat kedudukan sarang serangga sebelum memusnahkannya menggunakan semburan ridset baygon
Selesai menjalankan operasi, anggota APM bergerak pulang ke PKOD pada 8.05 yang jaraknya lebih 30 kilomter dari lokasi.
Oleh Jiku Juguong