Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Anggaran pelaksanaan PRN enam negeri RM420 juta – SPR
  • TEMPATAN

Anggaran pelaksanaan PRN enam negeri RM420 juta – SPR

Utusan Sarawak 2 years ago
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh melancarkan laman web Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-15 sambil disaksikan oleh Timbalan Pengerusi SPR, Dr Azmi Sharom dan Setiausaha SPR, Datuk Indera Ikmalrudin Isham (kanan) selepas mengumumkan tarikh PRN bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan di ibu pejabat SPR hari ini. SPR menetapkan PRN di enam negeri itu diadakan serentak dengan 12 Ogos ini sebagai hari pengundian manakala 29 Julai sebagai hari penamaan calon. FotoBERNAMA

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menganggarkan pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) serentak di enam negeri iaitu Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan akan melibatkan perbelanjaan RM420 juta.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, 153,760 petugas akan dilantik bagi membantu melancarkan pengendalian proses PRN berkenaan, dan 173 pusat penamaan calon serta 186 pusat penjumlahan rasmi undi akan dibuka.

Beliau berkata 3,190 pusat mengundi biasa yang mengandungi 17,048 tempat mengundi atau saluran, dan 260 pusat mengundi awal mengandungi 377 tempat mengundi atau saluran awal akan digunakan pada PRN nanti.

“Keseluruhan jumlah pusat mengundi adalah 3,450 dengan 17,425 tempat mengundi atau saluran,” katanya dalam sidang media di sini hari ini selepas mempengerusikan mesyuarat khas di Menara SPR di sini bagi membincangkan tarikh-tarikh penting bagi PRN.

Terdahulu, beliau mengumumkan keputusan SPR yang menetapkan hari pengundian bagi pelaksanaan PRN di enam negeri berkenaan adalah pada 12 Ogos, dengan hari penamaan calon pada 29 Julai.

Sementara itu Abdul Ghani berkata, kira-kira 9.77 juta pemilih layak mengundi pada PRN berkenaan dengan kira-kira 9.67 juta adalah pengundi biasa.

Katanya, Selangor mempunyai jumlah pengundi biasa paling ramai dengan 3.7 juta orang diikuti Kedah dengan 1.57 juta dan Kelantan 1.4 juta, manakala pengundi lain melibatkan 49,660 tentera dan pasangan; 47,728 adalah polis serta pasangan Polis Pasukan Gerakan Am (PGA) dan 1,727 pengundi tidak hadir luar negara.

Merujuk kepada statistik umur pula, Abdul Ghani berkata, 661,905 orang merupakan kategori pengundi berumur 18-20 tahun, manakala 28,991 orang merupakan pengundi berumur 90 tahun dan ke atas.

Beliau berkata, pengundi boleh membuat semakan pengundian untuk mengetahui maklumat pusat mengundi, saluran mengundi dan nombor bilangan masing-masing bermula 17 Julai ini.

Semakan boleh dibuat melalui portal semakan di pautan http://mysprsemak.spr.gov.my atau hotline SPR di talian 03-88927018/7218/7124 atau melalui aplikasi MySPR Semak. – Bernama

Continue Reading

Previous: Khalid Assari dilantik Konsul Kehormat Malaysia di Casablanca
Next: Tiga bahagian alami gangguan bekalan air

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.