Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Andi Bernadee lancar Aku Nak Kahwin, kisah santai realiti golongan bujang
  • HIBURAN

Andi Bernadee lancar Aku Nak Kahwin, kisah santai realiti golongan bujang

Utusan Sarawak 2 hours ago
PENGHIBUR versatil Andi Bernadee.

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan penghibur versatil Andi Bernadee kembali mencuri perhatian dengan pelancaran single terbaharu berjudul Aku Nak Kahwin, sebuah karya santai yang mengetengahkan realiti kehidupan golongan bujang yang menanti jodoh.

Lagu ini mengangkat tema keinginan untuk berkahwin sambil berdepan tekanan sosial dan pertanyaan keluarga seperti ‘bila nak kahwin?’, namun disampaikan dalam nada ringan, jujur dan dekat dengan pengalaman masyarakat.

Ia turut membawa mesej bahawa setiap individu mempunyai perjalanan hidup tersendiri, sama ada masih single atau sudah berumah tangga.

Menurut Andi Bernadee, lagu tersebut dihasilkan dengan pendekatan yang mudah difahami serta dekat dengan pendengar, selain hadir sebagai alternatif kepada dominasi lagu bertemakan kekecewaan cinta dalam pasaran muzik semasa.

SINGLE terbaharu Andi Bernadee berjudul Aku Nak Kahwin.

Beliau menyifatkan Aku Nak Kahwin sebagai karya yang lebih positif dan happy, sesuai untuk memberi perubahan mood kepada pendengar.

Dari segi produksi, lagu ini menampilkan gabungan elemen nyanyian melodi dan rap yang memberikan warna berbeza serta cabaran tersendiri dalam aspek persembahan vokal.

Andi turut menjelaskan bahawa proses penghasilan lagu ini memerlukan kawalan pernafasan yang baik walaupun kedengaran santai.

Dalam pada itu, pelancaran single ini turut menjadi simbol kebangkitan semula Andi selepas berdepan masalah kesihatan yang menyebabkan perancangan awal album penuh Ding Geding tertangguh.

Tempoh rehat tersebut memberi ruang untuk beliau pulih dan kembali dengan tenaga baharu sebelum melancarkan karya terbaharu ini.

Aku Nak Kahwin kini boleh didengari di semua platform penstriman digital.

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Atilia Haron tampil Dimanakah Kamu Sore Ini?, balada pop penuh emosi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.