Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Ancaman letusan gunung berapi, ribuan penduduk Filipina dipindahkan
  • GLOBAL

Ancaman letusan gunung berapi, ribuan penduduk Filipina dipindahkan

Utusan Sarawak 2 years ago
Penduduk menaiki trak ketika mereka mengosongkan kampung akibat ancaman letusan dari gunung berapi Mayon berdekatan di Daraga, hari ini. Para saintis Filipina berkata bahawa letusan berbahaya gunung berapi di kepulauan itu mungkin mengambil masa beberapa hari atau minggu dan menggesa pemindahan penduduk berhampiran dari rumah kediaman masing-masing. Foto AFP

MANILA: Pihak berkuasa Filipina pada Jumaat mula memindahkan kira-kira 10,000 penduduk yang tinggal berhampiran gunung berapi paling aktif di negara itu, di tengah-tengah ancaman letusan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Gunung Berapi Mayon di wilayah timur Albay, yang terkenal dengan bentuk kon yang sempurna, menghasilkan arus ketumpatan piroklastik atau aliran panas abu dan serpihan berikutan kubah lahar di puncak runtuh, menurut Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina (Phivolcs) .

“Cahaya kawah cerah dan batuan pijar pada dari aliran lahar baharu di puncak Gunung Berapi Mayon juga diperhatikan malam tadi,” menurut institut itu dalam satu kenyataan, hari ini.

Mayon diletakkan pada tahap amaran ketiga tertinggi, bermakna ia kini berada dalam tahap pergolakan agak tinggi ketika magma pada kawah dan letusan berbahaya mungkin berlaku dalam beberapa minggu atau bahkan beberapa hari.

Menurut pejabat penerangan wilayah Albay, kira-kira 2,400 keluarga atau 10,000 penduduk perlu mengosongkan zon bahaya.

“Seboleh-bolehnya, saya mahu mengekalkan rekod sifar mangsa di wilayah kita, jadi… saya harap kita akan dapat memindahkan mereka ke tempat yang lebih selamat,” kata Gabenor Albay Edcel Greco Lagman semasa mesyuarat tergempar, semalam. – Bernama-dpa

Continue Reading

Previous: Joe Biden tersasul panggil Rishi Sunak ‘Tuan Presiden’
Next: Pengguna Instagram beberapa negara alami gangguan aplikasi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.