Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Ancaman buli siber dorong literasi perundangan pelajar
  • TEMPATAN

Ancaman buli siber dorong literasi perundangan pelajar

Utusan Sarawak 6 hours ago
DATUK Amar Fadillah Yusof ketika ditemui media pada Program Hak Kitak anjuran Yayasan Tan Sri Professor Ahmad Ibrahim di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Abdul Rahman, hari ini.

PETRA JAYA: Peningkatan kes buli siber dan jenayah digital dalam kalangan pelajar mendorong keperluan mendesak terhadap literasi perundangan sebagai benteng awal bagi mencegah tekanan mental dan tragedi lebih besar, termasuk kes bunuh diri.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Amar Fadillah Yusof, berkata perkembangan pesat teknologi, termasuk kecerdasan buatan (AI) dan penggunaan media sosial tanpa kawalan, telah mewujudkan cabaran baharu yang semakin kompleks kepada generasi muda.

Menurutnya, ramai pelajar menjadi mangsa buli siber namun tidak mengetahui saluran aduan atau hak perundangan yang boleh mereka tuntut, sekali gus menyebabkan tekanan emosi berpanjangan.

“Tekanan akibat ancaman buli siber ini ada yang membawa kepada kejadian bunuh diri kerana mangsa tidak mampu bertahan. Sebab itu kesedaran awal sangat penting supaya mereka tahu ke mana hendak mengadu dan bagaimana mempertahankan hak mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Program Hak Kitak anjuran Yayasan Tan Sri Professor Ahmad Ibrahim di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Abdul Rahman, di sini, hari ini.

Fadillah menjelaskan, program berkenaan bukan sekadar menyasarkan pelajar, malah melibatkan guru, ibu bapa serta kepimpinan masyarakat bagi membentuk ekosistem sokongan yang menyeluruh dalam menangani isu sosial dan perundangan.

Katanya, pendedahan mengenai hak perundangan memberi keupayaan kepada pelajar untuk bertindak secara berhemah, sama ada melalui saluran sekolah, pihak berkuasa atau mekanisme undang-undang yang tersedia.

“Literasi perundangan ini bukan untuk menakutkan, tetapi untuk memperkasakan mereka supaya tahu apa hak mereka, bagaimana menangani tekanan dan bagaimana bertindak jika berlaku ketidakadilan,” tegasnya.

Beliau turut menekankan bahawa usaha berterusan perlu dilaksanakan bagi memastikan generasi muda lebih bersedia menghadapi realiti dunia digital yang semakin mencabar.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: JKR Sarawak catat sejarah kendali 15,107 projek bernilai RM72.7 bilion sepanjang RMK12
Next: MBKS lancar Program Pembinaan Integriti Komuniti Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.