Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Ancaman buaya ketika banjir paksa penduduk berpindah ke PPS
  • NASIONAL

Ancaman buaya ketika banjir paksa penduduk berpindah ke PPS

Utusan Sarawak 1 day ago
PENDUDUK Kampung Naparan Gadong Beaufort, yang kini ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara Dewan Padas Damit (PPS) Siti Nortinah Tangkim,33, menceritakan detik-detik ketika hampir digigit buaya apabila rumah mereka dilanda banjir. Foto BERNAMA

BEAUFORT: Kehadiran buaya di kawasan penempatan penduduk yang dilanda banjir di Kampung Naparan Gadong memaksa penghuni berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Kampung Padas Damit di sini.

Siti Nortinah Tangkim, 33, berkata air banjir separas paha itu mengundang kehadiran buaya itu di kawasan rumahnya sebelum reptilia berkenaan membaham dua ekor anjing penduduk di kampung itu.

“Kali pertama buaya itu membaham seekor anjing dan kali kedua anjing juga. Jadi, untuk keselamatan kami pindahlah ke sini,” katanya kepada Bernama hari ini.

Ibu kepada tiga cahaya mata dan kini sarat mengandung lapan bulan itu berkata serangan buaya berkenaan menyebabkan beliau bimbang akan keselamatan anak-anaknya sebelum berlindung di PPS itu semalam.

Siti Nortinah berkata kedudukan rumahnya yang berdekatan dengan Sungai Padas dan airnya melimpah menyebabkan reptilia itu mudah masuk ke kawasan kampung berkenaan.

Warga emas Risnah Madin, 66, dari Kampung Mentulud pula berpindah ke PPS Dewan Kampung Padas Damit apabila air banjir sedalam lebih satu meter itu menenggelamkan semua peralatan rumahnya.

Balu itu berkata pada mulanya air banjir hanya separas buku lali di kawasan luar rumahnya sebelum naik mendadak dan beliau hanya membawa dokumen penting ketika dibawa pasukan penyelamat ke PPS itu.

“Dalam setahun memang banyak kali rumah makcik kena banjir dan barangan elektrik seperti mesin basuh memang tidak dapat diselamatkan sekiranya air mendadak naik,” katanya.

PEMBANTU Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan Datuk Ruslan Muharam (kanan) melawat mangsa banjir di daerah Beaufort yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Masjid Kampung Betandok hari ini. Foto BERNAMA

Sementara itu, Ketua Kampung Padas Damit Jaris Sabli berharap cadangan pembinaan PPS di kampung itu akan dilaksanakan bagi memudahkan penduduk kampung yang terjejas banjir dapat dipindahkan berhampiran kampung mereka.

Beliau berkata ia bagi memberi kemudahan kepada penduduk yang terjejas kerana berdekatan dengan klinik kesihatan Padas Damit, masjid, dewan terbuka dan tandas awam.

“Untuk penduduk yang terjejas banjir, mereka boleh mendaftarkan di Dewan Terbuka di sini untuk menyalurkan sebarang permasalahan masing-masing,” katanya.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah memaklumkan dua daerah masih terjejas banjir iaitu Tenom dan Beaufort melibatkan 1,224 orang daripada 433 keluarga dipindahkan setakat 8 pagi ini. – Bernama

Continue Reading

Previous: Harga runcit RON97, RON95 tanpa subsidi turun bagi tempoh 8 hingga 14 Januari
Next: Banjir di Sarawak semakin pulih, jumlah mangsa di Sabah catat sedikit peningkatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.