Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Ancaman bom dilaporkan di arena gimnastik Olimpik Korea Selatan
  • GLOBAL

Ancaman bom dilaporkan di arena gimnastik Olimpik Korea Selatan

Utusan Sarawak 15 hours ago

Stadium gimnastik Olimpik Korea Selatan. Foto fail Yonhap.

SEOUL: Satu ancaman bom dilaporkan di sebuah stadium gimnastik Olimpik di timur Seoul, Korea Selatan, pada Ahad, menyebabkan penonton dipindahkan dari lokasi itu, menurut polis.

Tiada bahan letupan ditemukan dan tiada kecederaan dilaporkan, lapor Agensi Berita Yonhap.

Polis Korea Selatan menghantar skuad bom untuk mencari peranti letupan yang didakwa dipasang di KSPO Dome atau Arena Gimnastik Olimpik, di daerah Songpa, selepas menerima faks yang menyatakan bom dipasang di stadium itu, menurut pegawai.

Kumpulan K-pop The Boyz dijadualkan mengadakan konsert di lokasi itu pada 4 petang. 

Agensi kumpulan itu memaklumkan kepada peminat bahawa konsert ditangguhkan susulan insiden berkenaan.

Ancaman bom serupa turut berlaku dalam beberapa minggu kebelakangan ini, termasuk satu kiriman dalam talian yang mengugut untuk meletupkan cawangan utama Gedung Serbaneka Shinsegae di Myeongdong, pusat bandar Seoul.  

Kira-kira 4,000 pelanggan dipindahkan segera.

Polis menahan seorang pelajar sekolah menengah di pulau selatan Jeju kerana memuat naik mesej ancaman dan seorang lelaki berusia 20-an di wilayah selatan lain kerana memuat naik ancaman serupa di ruangan komen.

Membuat ancaman untuk mencederakan mana-mana pihak boleh dihukum penjara sehingga lima tahun atau denda sehingga 20 juta won (AS$14,400). — BERNAMA-YONHAP

Continue Reading

Previous: Jet pejuang Britain buat pendaratan cemas di Lapangan Terbang Kagoshima
Next: Seorang terbunuh, puluhan cedera dalam gempa bumi di Barat Turki

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.