Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Anak ular sawa masuk kedai serbaneka di Pasar Spaoh
  • Tengah
  • WILAYAH

Anak ular sawa masuk kedai serbaneka di Pasar Spaoh

Utusan Sarawak 12 hours ago
 ANGGOTA APM Spaoh berjaya menangkap seekor ular sawa sepanjang sekitar tiga kaki bersembunyi di bawah rak barangan kedai berkenaan. Foto: APM Spaoh

SPAOH: Suasana sebuah kedai serbaneka di Pasar Spaoh bertukar cemas apabila seekor anak ular sawa berwarna coklat dikesan menyusur masuk ke bawah rak barangan, sekali gus mengejutkan seorang pekerja yang sedang menyusun stok.

Menurut kenyataan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Spaoh, kejadian berlaku ketika pekerja terbabit menyedari pergerakan mencurigakan di celah rak sebelum mengesahkan kehadiran reptilia berkenaan.

Tanpa melengahkan masa, pekerja yang dikenali sebagai Iwan segera menghubungi Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Spaoh bagi mendapatkan bantuan untuk menangkap ular tersebut demi keselamatan pelanggan dan pekerja.

Bertindak pantas, Skuad Charlie APM dengan kekuatan tiga anggota terus digerakkan ke lokasi bersama peralatan khas untuk operasi menangkap ular.

Sebaik tiba, anggota melakukan pencarian dan mengesan seekor anak ular sawa sepanjang sekitar tiga kaki bersembunyi di bawah rak barangan kedai berkenaan.

Menggunakan kaedah menyepit dan menjerut, ular tersebut berjaya ditangkap dengan selamat tanpa sebarang kecederaan, sebelum dibawa ke PKOD untuk tindakan lanjut.

APM menasihatkan orang awam agar tidak bertindak sendiri sekiranya berdepan situasi seumpama ini dan segera menghubungi PKOD Spaoh di talian 083-473006 atau talian kecemasan 999 bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Naik taraf RTP 2025 di SK Mejar Jeneral Dato Ibrahim manfaatkan murid dan guru
Next: Projek asrama baharu SK Saint John diperkemas, utamakan keselesaan murid

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.