Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Anak ular sawa ‘kenyang’ sembunyi dalam dinding rumah penduduk
  • Tengah
  • WILAYAH

Anak ular sawa ‘kenyang’ sembunyi dalam dinding rumah penduduk

Utusan Sarawak 16 hours ago
ANGGOTA APM berjaya menangkap seekor anak ular sawa sepanjang kira-kira tiga kaki yang bersembunyi di dalam dinding sebuah rumah dekat Kampung Hilir Spaoh. Foto: APM Spaoh


SPAOH: Kehadiran seekor anak ular sawa mengejutkan penghuni sebuah rumah di Kampung Hilir Spaoh pada awal pagi tadi apabila reptilia itu ditemui di dalam rumah mereka.

Menurut kenyataan media Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Spaoh, kejadian tersebut disedari sekitar 2.30 pagi sebelum pengadu segera menghubungi Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) APM Spaoh untuk mendapatkan bantuan.

Susulan panggilan kecemasan itu, seramai empat anggota APM dikerahkan ke lokasi bagi menjalankan operasi menangkap reptilia berkenaan.

Setibanya di lokasi, anggota melakukan pemeriksaan menyeluruh di kawasan rumah bagi mengesan kedudukan ular tersebut yang kali terakhir dilihat berada di dalam sebuah bilik.

Menurut kenyataan itu, operasi pencarian mengambil masa sekitar minit sebelum anggota berjaya menemui seekor anak ular sawa sepanjang kira-kira tiga kaki yang bersembunyi di dalam dinding.

Pemeriksaan mendapati ular berkenaan dipercayai baru sahaja menelan seekor tikus sebelum berjaya ditangkap menggunakan teknik menyepit oleh anggota APM.

Ular tersebut kemudiannya dimasukkan ke dalam kotak khas haiwan berbisa bagi memastikan keselamatan sebelum dibawa pulang ke PKOD untuk tindakan selanjutnya. Operasi tersebut berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini berlaku.

Orang ramai dinasihatkan supaya segera menghubungi talian PKOD APM Spaoh di 083-473006 atau talian kecemasan 999 sekiranya berdepan situasi kecemasan atau penemuan haiwan berbisa.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: RM400,000 laksana dua projek RTP di DUN Krian
Next: Hari Wanita: Tiang agihkan 1,500 ekor ayam Ahad ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.