Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Anak tahfiz, saudara baharu terima sumbangan Aidilfitri
  • TEMPATAN

Anak tahfiz, saudara baharu terima sumbangan Aidilfitri

Utusan Sarawak 2 months ago
SUMBANGAN… Dato Sri Sharifah Mordiah Tuanku Fauzi menyampaikan sumbangan kepada salah seorang anak tahfiz dari Maahad Tahfiz Raudhatul Jannah.

KUCHING: Anak tahfiz dari Maahad Tahfiz Raudhatul Jannah, Kampung Selang Ulu, serta saudara baharu menjadi antara penerima utama pada majlis Sumbangan Aidilfitri 2025 anjuran Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Cawangan Kuching di Pusat Aktiviti Warga Emas, Jalan Merak, hari ini.

Bertemakan Indahnya Raya, program ini diadakan bagi membantu golongan kurang berkemampuan agar dapat merasai kegembiraan menyambut Syawal.

RAKAM KENANGAN… Dato Sri Sharifah Mordiah Tuanku Fauzi bergambar bersama penerima sumbangan.

Tahun ini, PERKIM Cawangan Kuching memperluaskan sumbangan dengan menyantuni anak tahfiz dari maahad tersebut, selain golongan asnaf, anak yatim, warga emas dan orang kurang upaya (OKU).

Turut menghulurkan bantuan, Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) yang menyumbangkan barangan serta beg cenderamata khas kepada saudara baharu bagi meringankan beban mereka menjelang Aidilfitri.

Menurut penganjur, program tahunan ini bertujuan memastikan golongan memerlukan tidak ketinggalan dalam kemeriahan perayaan, selari dengan komitmen NGO tersebut dalam membantu masyarakat, khususnya umat Islam di Sarawak.

Majlis disempurnakan oleh Pengerusi PERKIM Cawangan Kuching, Dato Sri Sharifah Mordiah Tuanku Fauzi.

PERKIM merupakan NGO Islam terbesar di Sarawak yang aktif dalam kegiatan kebajikan, pendidikan dan keagamaan, dengan fokus kepada wanita Islam dan masyarakat setempat.

Di seluruh Sarawak, PERKIM memiliki lebih 20 cawangan, manakala Cawangan Kuching mempunyai 511 ahli yang mewakili seluruh Bahagian Kuching.

Oleh Amanda L

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Komited promosi potensi kreatif pengkarya seni
Next: PPP berperanan penting sokong sistem kesihatan kawasan pedalaman

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.