Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Anak Sarawak unggul di pentas Antarabangsa, Malaysia dinobat Pasukan Terbaik GELOSEA 2026
  • TEMPATAN

Anak Sarawak unggul di pentas Antarabangsa, Malaysia dinobat Pasukan Terbaik GELOSEA 2026

Utusan Sarawak 3 hours ago
CHARIS Ho Yuu Q, (Kolej Permata @ Pintar Negara), Marion Nathania Tening (SAKURA), Darrel Nathaneal Buko (SM Sains Utara Kuching), Rizqi Harris ((SM Sains Utara Kuching), Danson Anding ((SM Sains Utara Kuching), Aariz Abdillah (SMK Sri Aman), Isaac Ho Yuu Zac (SMK Batu Lintang). Foto: GELOSEA

SIMANGGANG: Kecemerlangan pelajar dari Sarawak terserlah apabila mereka berjaya mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa dalam Pertandingan Olimpik Bahasa Inggeris Global Asia Tenggara (GELOSEA) 2026 yang berlangsung di Singapura, semalam.

Aariz Abdillah dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Aman bersama Rizqi Harris dari Sekolah Menengah (SM) Sains Kuching Utara mencatat pencapaian membanggakan apabila meraih Anugerah Emas bagi kategori Secondary 3.

Kejayaan mereka bukan sahaja membuktikan keupayaan pelajar luar bandar, malah memperlihatkan bahawa usaha gigih mampu menyaingi pelajar dari sekolah berprestij lain.

Dalam kategori Secondary 4 pula, Darrel Nathaneal Buko Desmond dari SM Sains Kuching Utara turut menyerlah apabila merangkul Anugerah Emas.

Sementara itu, Isaac Ho Yuu Zac dari SMK Batu Lintang berjaya memperoleh Anugerah Gangsa, sekali gus menyumbang kepada kejayaan keseluruhan pasukan Malaysia.

Lebih membanggakan, Danson Anding Denny Kana dari SM Sains Kuching Utara mencipta sejarah tersendiri apabila meraih Anugerah Diamond bagi kategori Secondary 2.

Bagi kategori Secondary 1, Marion Nathania Tening Desmond turut tidak menghampakan apabila membawa pulang Anugerah Perak, melengkapkan pencapaian cemerlang kontinjen Sarawak.

Seramai enam peserta dari Sarawak telah dipilih mewakili Malaysia selepas berjaya melepasi ujian saringan ketat di peringkat kebangsaan.

Kesemua mereka bertanding di D’Marquee, Pasir Ris, Singapura bersama peserta dari pelbagai negara, menjadikan pertandingan ini sangat kompetitif dan berprestij.

Lebih manis, keenam-enam peserta ini tidak pulang dengan tangan kosong, sebaliknya berjaya membawa pulang pelbagai anugerah termasuk Diamond, Emas, Perak dan Gangsa.

Secara keseluruhan, seramai 105 peserta Malaysia telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini yang menguji kemahiran Bahasa Inggeris tahap tinggi seperti pemahaman, kosa kata, tatabahasa serta penulisan esei.

Pertandingan GELOSEA 2026 turut disertai oleh negara lain termasuk Filipina, Thailand, India, Mongolia, Bangladesh, Indonesia dan Vietnam, menjadikan persaingan lebih mencabar.

Kejayaan pasukan Malaysia yang turut dinobatkan sebagai Pasukan Terbaik keseluruhan membuktikan tahap pendidikan negara terus berada di landasan cemerlang.

Pencapaian luar biasa ini diharap menjadi inspirasi kepada pelajar lain untuk terus berusaha meningkatkan kecemerlangan akademik serta membuktikan bahawa anak Sarawak mampu berdiri sama tinggi di persada dunia.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Lebuh raya bertingkat di Sebuyau berpotensi jadi tarikan pelancongan
Next: SUPP Cawangan Batu Kitang sambut 30 ahli baharu, perkukuh perpaduan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.