Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Anak Sarawak raih manfaat daripada SCORE, lebih 53,000 peluang pekerjaan dibuka
  • SEMASA

Anak Sarawak raih manfaat daripada SCORE, lebih 53,000 peluang pekerjaan dibuka

Utusan Sarawak 13 hours ago
RASMI… Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi yang mewakili Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg merasmikan program Bakti MADANI Miri 2025, hari ini.

MIRI: Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) hari ini telah menjadi salah satu penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi Sarawak dengan jumlah pelaburan bernilai RM125 billion, yang membuka lebih daripada 53,000 peluang pekerjaan untuk anak-anak Sarawak.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, di bawah SCORE juga, kerajaan membangunkan pusat-pusat pertumbuhan seperti Samalaju, Mukah, Tanjung Manis dan Tunoh.

“Pembangunan pesat Taman Perindustrian Samalaju adalah simbol kejayaan SCORE.

“Bermula daripada padang hijau, kini Taman Perindustrian Samalaju merupakan pusat perindustrian untuk pelbagai industri berat berteknologi tinggi seperti aluminium dan “ferro-alloys”.

“Taman Perindustrian Samalaju telah mencatatkan nilai pelaburan berjumlah RM57.2 billion dan mewujudkan lebih 20,000 peluang pekerjaan.

“Dengan penjanaan ekonomi di kawasan SCORE, kita yakin, aspirasi kita ke arah transformasi ekonomi yang menekankan kepada kepelbagaian ekonomi berteraskan industri bernilai tinggi dapat kita realisasikan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapannya yang dibacakan oleh Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi pada majlis Perasmian Program Bakti MADANI Miri 2025, hari ini.

Abang Johari berkata, Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) melalui tiga agensi pembangunan wilayah, Agensi Pembangunan Tanah Tinggi (HDA), Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA) dan Agensi Pembangunan Ulu Rajang (URDA) telah menerima peruntukan RM4.5 bilion untuk melaksanakan 247 projek infrastruktur merangkumi pembinaan jalan raya, jambatan dan utiliti asas di kawasan pedalaman.

“Projek mega seperti Jalan Miri-Marudi, Lapangan Terbang Baharu Lawas dan akses ke Empangan Hidro Elektrik Baleh adalah antara bukti komitmen kita untuk membuka potensi luar bandar, sejajar dengan matlamat PCDS 2030,” katanya.

Sementara itu, program tiga hari itu yang turut menampilkan ekspo kerjaya, jualan Rahmah, konsert rakyat dan pelbagai aktiviti komuniti.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Aset wakaf pemacu ekonomi umat Islam jika diurus ikut syariah
Next: 41 bakal jemaah haji dari Lawas, Limbang terima sumbangan doa restu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.