Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Anak Sarawak juara Sains, Teknologi UG i-Fest 2025
  • SEMASA

Anak Sarawak juara Sains, Teknologi UG i-Fest 2025

Utusan Sarawak 6 hours ago

TAHNIAH… Janting Tingom bersama pasukannya yang lain merakam kenangan bersama setelah dinobatkan juara Kategori Sains dan Teknologi dalam UG i-Fest 2025 baru-baru ini.

KUALA LUMPUR: Pelajar tahun akhir Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya (UM), Janting Tingom, mengharumkan nama Sarawak apabila dinobatkan sebagai Juara Kategori Sains dan Teknologi dalam UG i-Fest 2025, festival Projek Tahun Akhir (FYP) peringkat institusi pengajian tinggi yang terbesar pernah dianjurkan di negara ini.

Beliau meraih pengiktirafan itu menerusi projek penyelidikan bertajuk ‘Penilaian Prestasi Serbuk Tukul Kelapa Sawit (POC) sebagai Bahan Tambahan dalam Rekabentuk Turapan Asfalt Campuran Suam’, yang menumpukan kepada penggunaan sisa industri kelapa sawit sebagai bahan tambah dalam reka bentuk asfalt campuran suam.

Pendekatan tersebut bukan sahaja berpotensi mengurangkan kos pembinaan infrastruktur jalan raya, malah menyokong pembangunan mampan selaras dengan agenda alam sekitar negara.

Projek penyelidikan itu dibimbing oleh Pensyarah Kanan Fakulti Kejuruteraan UM, Dr Suhana Koting, yang juga anak jati Sarawak.

Hasil penyeliaan rapi serta kaedah penyelidikan berteraskan penyelesaian masalah industri nyata membuahkan kejayaan apabila Janting diumumkan sebagai penerima anugerah utama bagi kategori teknikal berkenaan.

Sebagai penghargaan, beliau menerima hadiah wang tunai RM3,000 serta biasiswa penuh untuk melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana di Universiti Malaya.

Pencapaian Janting turut mendapat perhatian Ahli Parlimen Saratok, Datuk Ali Biju, yang menyifatkannya sebagai simbol kejayaan anak luar bandar.

“Kejayaan saudara Janting merupakan pencapaian luar biasa yang wajar dibanggakan seluruh warga Saratok dan Sarawak amnya. Beliau adalah lambang potensi anak luar bandar dan permata yang menyinar dari Bumi Kenyalang di pentas kebangsaan,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook rasminya.

UG i-Fest 2025 menghimpunkan lebih 2,600 projek penyelidikan dari 16 fakulti di UM dan merupakan platform akademik terbesar seumpamanya di Malaysia.

Festival itu bertujuan memupuk budaya inovasi, penyelidikan serta keusahawanan dalam kalangan pelajar melalui pameran, pertandingan dan penilaian projek berimpak tinggi.

Kejayaan Janting membuktikan bahawa latar belakang geografi bukan penghalang untuk mencipta impak dalam dunia akademik dan penyelidikan, selain menjadikan beliau ikon baharu anak Sarawak dalam bidang kejuruteraan dan teknologi mampan.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Sekat kandungan, akaun hanya boleh dibuat penyedia platform media sosial – Fahmi
Next:
1.2 juta hektar tanah NCR telah disukat sejak 2010

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.