Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Anak Sarawak didorong perkasa inovasi dan penerokaan ilmu
  • SEMASA

Anak Sarawak didorong perkasa inovasi dan penerokaan ilmu

Utusan Sarawak 11 hours ago
PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap pada Majlis Makan Malam Anak Sarawak bersempena dengan Lan Brambeh Anak Sarawak (LBAS) 2025 di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) Kuala Lumpur, hari ini. Foto Ukas

KUALA LUMPUR: Anak Sarawak yang sedang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi digalakkan untuk mula meneroka peluang baharu serta mencipta pelbagai inovasi yang mampu memberi impak positif kepada negeri.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, berkata ramai anak muda Sarawak telah membuktikan keupayaan mereka apabila diberi peluang dan tanggungjawab, dan kejayaan tersebut wajar dijadikan inspirasi kepada pelajar lain untuk tampil lebih berani dalam bidang baharu.

“Anak Sarawak perlu berani dan mempunyai visi yang jelas untuk menambah nilai kepada sumber yang kita miliki kerana kita di Sarawak dikurniakan dengan pelbagai sumber semula jadi, namun pautan yang masih kurang ialah kekuatan intelektual kita.

“Saya yakin, anak-anak Sarawak yang masih menuntut di universiti perlu memperkukuh dan memperkasakan ilmu agar mampu mengangkat martabat wilayah ke tahap yang lebih tinggi,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Makan Malam Anak Sarawak bersempena dengan Lan Brambeh Anak Sarawak (LBAS) 2025 di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini, hari ini.

Tambah beliau, pelajar Sarawak juga perlu seiring dengan usaha kerajaan negeri dalam menangani cabaran global seperti perubahan iklim.

“Kalau inilah semangat yang dimiliki oleh anak-anak Sarawak, maka kita akan terus ‘berambeh’ berkongsi ilmu dan akhirnya insya-Allah, Sarawak akan mampu memainkan peranan penting bukan sahaja di peringkat rantau ini, malah di pentas global dalam ekonomi baharu,” ujar beliau.

Majlis tersebut turut dihadiri Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi, Timbalan Perdana Menteri yang juga Penasihat Jawatankuasa Induk LBAS 2025 Datuk Amar Fadillah Yusof, Yang di-Pertua Dewan Negara Dato Awang Bemee Awang Ali Basah, serta tetamu kenamaan yang lain. -UKAS

Continue Reading

Previous: Lan Berambeh Anak Sarawak 2025 kukuhkan jalinan anak Bumi Kenyalang di perantauan
Next: ‘Energy Street’ cerminan kuasa tenaga masa depan Sarawak – Premier Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.