Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Anak Sarawak buktikan kehebatan di Kejohanan Taekwondo Antarabangsa
  • SUKAN

Anak Sarawak buktikan kehebatan di Kejohanan Taekwondo Antarabangsa

Utusan Sarawak 1 day ago
TAHNIAH… Pelajar SMK Subis dan SK Batu Niah dari Daerah Subis rakam kenangan setelah berjaya membawa pulang 4 pingat emas, 3 perak, dan 2 gangsa pada Kejohanan 8th Gewinn Malaysia Open Taekwondo Championship 2025 di KSL Esplanade Mall, Klang, Selangor pada 8 hingga 10 Ogos lalu.

BATU NIAH: Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Subis dan Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Niah berjaya bawa pulang 4 pingat emas, 3 perak, dan 2 gangsa pada Kejohanan 8th Gewinn Malaysia Open Taekwondo Championship 2025 di KSL Esplanade Mall, Klang, Selangor pada 8 hingga 10 Ogos lalu.

Kejayaan ini membuktikan kemampuan atlet muda Sarawak terutamanya dari kawasan luar bandar untuk bersaing di pentas kebangsaan dan antarabangsa.

Menurut Wijitha Yong, bapa kepada peserta Yong Hui Shan, SMK Subis menghantar tiga wakil yang berjaya meraih tiga pingat emas, dua perak dan satu gangsa manakala, SK Batu Niah menyumbang satu emas dan satu gangsa.

Utusan Sarawak dimaklumkan bahawa pada kejohanan itu, pelajar SMK Subis iaitu Clarrissa Easter Lucas berjaya memenangi 3 emas melalui acara Kyorugi dan Kyupa, Yong Hui Shan memperoleh 1 perak (Kyupa Knifehand) dan 1 gangsa (Kyorugi), sementara Eugene Chong Shou Zhan meraih 1 perak (Kyupa Knifehand).

WAKIL SARAWAK… Pelajar SMK Subis dan SK Batu Niah di atas podium kemenangan selepas meraih 4 emas, 3 perak dan 2 gangsa di Kejohanan 8th Gewinn Malaysia Open Taekwondo Championship 2025 di Klang, Selangor.

Sehubungan itu, pelajar SK Batu Niah iaitu Ardith Esme Dulcie Andrew memenangi emas (Kyupa Knifehand) dan gangsa (Kyorugi).

Kejayaan mereka memunggut beberapa pingat turut menyumbang kepada Persatuan Taekwondo Negeri Sarawak sehingga meraih gelaran juara keseluruhan bagi acara Kyupa dan Speedkick, serta tempat kelima keseluruhan dalam Kyorugi.

Kejohanan tersebut menghimpunkan 38 kelab taekwondo dari enam negara iaitu Malaysia, Indonesia, India, Pakistan, Nepal, dan Korea Selatan.

Dalam perkembangan berkaitan, pasukan Taekwondo SMK Subis turut mencatat pencapaian membanggakan apabila meraih tempat ketiga keseluruhan kategori sekolah menengah pada Kejohanan Seni Bela Diri Taekwondo Jemputan Sekolah-Sekolah Negeri Sarawak Kali Kelapan yang berlangsung di Stadium Tertutup Sibu dari 18 hingga 20 Julai lalu.

Oleh Adum Liu

Continue Reading

Previous: Aqib X Kampung Boy FC tewaskan BBE X Insuramu FC 4-2 di Liga Sri Aman 2025
Next: Kejohanan Dunia 2025: Harapan final di bahu beregu utama negara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.