Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Anak muda Kuching semakin gemar teater, Festival Monodrama Borneo terima sambutan luar biasa
  • HIBURAN

Anak muda Kuching semakin gemar teater, Festival Monodrama Borneo terima sambutan luar biasa

Utusan Sarawak 13 hours ago
PENSYARAH Program Drama dan Teater, Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif Unimas, Qawiem Hamizan semasa mengendalikan bengkel lakonan monodrama sempena Festival Monodrama Borneo, kelmarin. Foto Adele Rissa 

KOTA SAMARAHAN: Minat masyarakat Kuching terhadap teater semakin memuncak, terbukti melalui sambutan luar biasa pada hari pertama Festival Monodrama Borneo.

“Saya lihat penduduk Kuching khususnya sangat meminati teater,” kata pensyarah Program Drama dan Teater, Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif Unimas, Qawiem Hamizan ketika ditemui Utusan Sarawak selepas tamat bengkel lakonan yang dikendalikannya, kelmarin.

Beliau berkata sambutan penonton bukan sahaja memberangsangkan, malah melangkaui jangkaan penganjur. “Sambutan ramai dan amat menggalakkan,” katanya.

Mengulas mengenai persediaan para peserta, Qawiem menjelaskan bahawa proses produksi memerlukan komitmen yang panjang.

ANTARA aktiviti  bengkel lakonan monodrama yang dikendalikan oleh Qawiem Hamizan, kelmarin. Foto Adele Rissa 

“Persiapan dari segi rehearsal, visual research, prop dan set mengambil masa dalam sebulan. Persiapan dari segi lakonan pula dua minggu,” ujarnya.

Festival Monodrama Borneo dianjurkan Persatuan Apresiasi Kreatif Teater (SIKREATE) dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Semarak Kreatif Sdn Bhd dan UNIMASTAGE.

Pengisian festival merangkumi bengkel lakonan monodrama oleh Azri Ali dan Qawiem Hamizan serta bengkel pengarahan oleh Dr Norzizi Zulkifli. Penonton turut disajikan pementasan ‘Ujian Pertama Si Rania’ pada 5 Disember dan ‘Tidak Banyak-Banyak’ semalam.

Forum Hala Tuju Teater Sarawak yang menampilkan Anding Indrawani sebagai moderator serta panel industri terdiri daripada Malek Hassan, Dr Hasnalee, Azri Ali dan Qawiem Hamizan pula berlangsung malam tadi.

Festival itu bakal melabuhkan hari ini dengan pementasan monodrama terakhir berjudul ‘Dan Di Senja Itu,’ menutup tiga hari pengisian pementasan, bengkel dan wacana seni persembahan tempatan.

Oleh Adele Rissa

Continue Reading

Previous: Album konsep “KL City Pop”, buah tangan terbaharu Aizat Amdan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.