Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Anak Muammar Gaddafi, Saif al-Islam maut dibunuh di bandar Zintan, Libya – Peguam
  • GLOBAL

Anak Muammar Gaddafi, Saif al-Islam maut dibunuh di bandar Zintan, Libya – Peguam

Utusan Sarawak 2 hours ago
Saif al-Islam Gaddafi dilaporkan maut ditembak di Zintan, Libya; pihak berkuasa buka siasatan.

ISTANBUL: Saif al-Islam Gaddafi, anak lelaki bekas pemimpin Libya Muammar Gaddafi maut dibunuh di bandar Zintan di barat Libya, menurut peguamnya Khaled al-Zaidi dan penasihat Abdullah Osman pada Selasa malam, lapor Anadolu Ajansi.

Media Libya melaporkan pembunuhan itu berlaku di kediamannya dan dilakukan oleh empat individu yang tidak dikenali, sambil menambah bahawa kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian telah dilumpuhkan sebelum serangan itu berlaku.

Pejabat Peguam Negara Libya telah membuka siasatan berhubung pembunuhan itu, menurut media tempatan.

Sementara itu, Briged Tempur 444 menafikan “sekeras-kerasnya” sebarang penglibatan dalam insiden berkenaan.

Butiran mengenai pembunuhan itu masih tidak jelas, dan pihak berkuasa Libya setakat ini belum mengeluarkan pengesahan rasmi. – Bernama-Anadolu

Continue Reading

Previous: Kemalangan bas ragut 16 nyawa di timur laut Brazil
Next: Dua pesawat bergesel di lapangan terbang Mumbai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.