Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • INSPIRASI
  • Anak Limbang, Gebriel Padan dapat penghormatan solek pasangan Diraja Selangor
  • INSPIRASI

Anak Limbang, Gebriel Padan dapat penghormatan solek pasangan Diraja Selangor

Utusan Sarawak 4 hours ago
RAKAM KENANGAN… Gebriel Padan (kanan) bergambar bersama Pasangan Diraja, Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah, dan Yang Mulia Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Abdul Aziz baru-baru ini.

KUALA LUMPUR: Anak kelahiran Limbang, Sarawak berketurunan Orang Ulu, Gebriel Padan, mencipta sejarah tersendiri apabila dikurniakan penghormatan tertinggi oleh Istana Selangor untuk menata seri wajah pasangan Diraja, Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah, dan Yang Mulia Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Abdul Aziz sempena Istiadat Persandingan Diraja Selangor baru-baru ini.

Bagi Gebriel, pelantikan ini bukan sekadar pengiktirafan, tetapi satu anugerah yang tidak ternilai dalam perjalanan kariernya sebagai jurusolek.

GEBRIAL Padan menata rias Yang Mulia Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Abdul Aziz.

“Tidak pernah terlintas di fikiran saya bahawa suatu hari nanti, anak kampung dari pedalaman Borneo ini akan menjejakkan kaki ke Istana, apatah lagi diberi kepercayaan untuk menyerikan wajah Pengantin Diraja. Ia satu penghormatan yang akan saya kenang sepanjang hayat,” ujar Gebriel penuh rasa syukur.

Berpengalaman lebih 15 tahun dalam industri solekan, Gebriel melihat peluang ini sebagai satu tanggungjawab besar dan titik bersejarah dalam kerjayanya.

Beliau berharap agar kisah ini dapat menjadi inspirasi buat anak muda di seluruh tanah air, khususnya mereka yang berjuang dalam industri kreatif, untuk terus mengejar impian tanpa mengenal batas asal usul.

BERPENGALAMAN lebih 15 tahun dalam industri solekan, Gebriel melihat peluang ini sebagai satu tanggungjawab besar dan titik bersejarah dalam kerjayanya.

Melalui laman sosialnya, Gebriel turut berkongsi detik-detik di sebalik tabir persiapan Istiadat Persandingan Diraja, yang kini telah mencuri perhatian lebih sejuta tontonan, tanda keterujaan rakyat menyaksikan keindahan tradisi, busana dan seni solekan dalam acara penuh adat tersebut.

Istiadat Persandingan Diraja berlangsung pada 22 Oktober 2025 di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang, dalam suasana penuh adat, tradisi dan keindahan budaya Melayu.

Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, serta Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin pada 7.30 malam menyerikan lagi istiadat bersejarah itu.

Majlis diteruskan dengan Santapan Diraja, manakala kemuncak acara akan disempurnakan melalui Majlis Santunan Kasih Pengantin Diraja Bersama Rakyat, berlangsung pada 7 November 2025 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, sebagai simbol kasih dan hubungan erat antara Institusi Diraja dan rakyat jelata.

Tags: inspirasi

Continue Reading

Previous: Eksklusif: Datang dengan niat belajar, pulang dengan cinta pada Bumi Kenyalang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.