Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Anak ‘godfather petrol’ Indonesia dipenjara dalam kes rasuah AS$17 bilion
  • GLOBAL

Anak ‘godfather petrol’ Indonesia dipenjara dalam kes rasuah AS$17 bilion

Utusan Sarawak 4 hours ago
MUHAMMAD Kerry Adrianto Riza (kanan), bekas Naib Pengarah Pengoptimuman Produk PT Kilang Pertamina Internasional dan anak kepada ahli perniagaan Riza Chalid, ditemani isterinya, Atya Sardadi (kiri), menunggu prosiding keputusan hukuman dalam kes rasuah Pertamina di sebuah mahkamah di Jakarta pada 26 Februari 2026. Foto AFP

JAKARTA, Indonesia: Seorang hakim Indonesia hari ini menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun terhadap anak seorang taikun minyak yang dikehendaki Interpol berhubung skim rasuah yang dianggarkan mengakibatkan kerugian kerajaan sebanyak AS$17 bilion.

Muhammad Kerry Adrianto Riza merupakan defendan berprofil tertinggi yang disabitkan kesalahan dalam skandal besar membabitkan syarikat tenaga milik kerajaan, Pertamina.

Kerry didapati bersalah memanipulasi perjanjian pajakan serta bersekongkol dengan beberapa eksekutif Pertamina, menurut kenyataan Pejabat Peguam Negara.

“Muhammad Kerry Adrianto Riza telah terbukti secara sah dan meyakinkan melakukan rasuah secara bersama,” kata Hakim Fajar Kusuma Aji di mahkamah hari ini.

HADIRI PROSIDING… Dimas Ismoyo, bekas Pakar Kanan Pengoptimuman Bahan Mentah di PT Kilang Pertamina Internasional, Gading Ramadhani, bekas Pakar Pengoptimuman Bahan Mentah di PT Kilang Pertamina Internasional, dan Muhammad Kerry Adrianto Riza, bekas Naib Pengarah Pengoptimuman Produk di PT Kilang Pertamina Internasional dan anak kepada ‘godfather petrol’ Riza Chalid, menghadiri prosiding keputusan hukuman dalam kes rasuah Pertamina di sebuah mahkamah di Jakarta pada 26 Februari 2026. Foto AFP

Selepas hampir 12 jam prosiding, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun terhadap Kerry serta mengarahkannya membayar denda kira-kira AS$59,500, selain pampasan berjumlah sekitar AS$173 juta.

Bapa Kerry, ‘godfather petrol’ Mohammad Riza Chalid, turut dikehendaki berhubung penglibatannya dalam siasatan rasuah sama, namun telah melarikan diri dari Indonesia.

Interpol mengeluarkan notis merah terhadapnya pada Januari.

YOKI Firnandi (kanan), bekas Pengarah Urusan PT Pertamina International Shipping, Sani Dinar Saifuddin (dua kanan), bekas Pengarah Pengoptimuman Bahan Mentah dan Produk di PT Kilang Pertamina Internasional, dan Agus Purwono (dua kiri), bekas Naib Pengarah Pengurusan Bahan Mentah di PT Kilang Pertamina Internasional, berbincang dengan peguam mereka selepas prosiding keputusan hukuman dalam satu kes rasuah di Mahkamah Anti-Rasuah di Jakarta pada 26 Februari 2026. Foto AFP

Skandal Pertamina itu melibatkan perolehan bahan api import berkualiti rendah pada harga lebih tinggi, selain pelbagai amalan rasuah lain, menurut Pejabat Peguam Negara.

Dalam prosiding sama, Riva Siahaan, bekas ketua eksekutif sebuah anak syarikat Pertamina, dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun.

Indonesia sejak sekian lama bergelut dengan gejala rasuah dan telah menahan puluhan pegawai awam dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Pada 2023, seorang bekas menteri komunikasi dipenjara 15 tahun selepas didapati bersalah dalam satu kes rasuah yang menurut penyiasat menyebabkan negara kerugian lebih AS$530 juta. – AFP

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Lebih 40 orang diselamatkan banjir kilat di Sydney
Next: Tujuh maut dalam letupan gas di Kazakhstan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.