Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Anak didakwa bunuh ibu berusia 100 tahun di Tokyo akibat keletihan menjaganya
  • GLOBAL

Anak didakwa bunuh ibu berusia 100 tahun di Tokyo akibat keletihan menjaganya

Utusan Sarawak 13 hours ago
Gambar hiasan.

TOKYO: Polis Jepun mengesahkan menahan seorang lelaki semalam kerana disyaki membunuh ibunya yang berusia 100 tahun di rumah mereka di barat Tokyo, selepas suspek membuat panggilan mengatakan dia letih menjaga ibunya, lapor Kyodo News.

Sekitar 1.00 tengah hari (waktu tempatan), Masato Watabe, 79, didakwa menutup mulut ibunya, Masako dan melakukan perbuatan ganas lain terhadap mangsa di kediaman mereka.

Dia membuat panggilan kecemasan sekitar 2.10 petang (waktu tempatan) dan wanita itu dibawa ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia.

Kadar kelahiran yang semakin menurun dan penuaan penduduk yang semakin tinggi di Jepun mewujudkan masalah sosial apabila warga emas yang mempunyai kemampuan fizikal terhad terpaksa menjaga saudara-mara mereka yang lebih tua.

Menurut polis, Masato mengakui perbuatan itu.

Memandangkan kedua-duanya tinggal bersama di Machida, Tokyo, polis sedang menyiasat keadaan yang menjurus kepada kejadian itu.

-BERNAMA-KYODO

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Gempa bumi bermagnitud 5.9 landa Mindanao, Filipina – GFZ

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.