Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Anak buaya tersesat dalam parit berjaya ditangkap
  • Utara
  • WILAYAH

Anak buaya tersesat dalam parit berjaya ditangkap

Utusan Sarawak 22 hours ago
DITANGKAP…Pasukan Angkatan Pertahanan Awam Daerah Miri berjaya menangkap seekor buaya yang dipercayai tersesat di dalam parit di Jalan Perkasa 7A di Miri, malam tadi.

MIRI: Seekor anak buaya seberat 28 kilogram (kg) dipercayai tersesat di dalam parit di Jalan Perkasa 7A di sini berjaya ditangkap malam tadi.

Tangkapan reptilia itu dilakukan oleh sepasukan anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah.

Menurut Jurucakap APM, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kehadiran reptilia itu pada 9.44 malam.

“Skuad Bravo dengan kekuatan lima anggota diketuai oleh Pbt. (PA) Mohammad Sobri Hamdan digerakkan ke lokasi.

“Sebaik tiba di lokasi, Skuad Bravo terus berjumpa dengan pengadu mengatakan ternampak seekor buaya berada di dalam parit.

“Pasukan kami segera melakukan pencarian sebelum menemui haiwan berkenaan masih berada di kawasan itu,”katanya

Katanya, buaya sepanjang lebih satu meter dan seberat 28 kg berjaya ditangkap dengan teknik menjerut.

“Buaya itu diserahkan kepada pihak Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) untuk tindakan lanjut,” katanya.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Gangguan bekalan air berlarutan, paip baharu 10.1 km diluluskan di Jagoi-Bratak
Next: 125 pemilik rumah di Taman Rajang digesa daftar pampasan sebelum 4 Julai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.