Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Anak buaya sesat di kawasan rumah penduduk, APM Lawas bertindak pantas
  • WILAYAH

Anak buaya sesat di kawasan rumah penduduk, APM Lawas bertindak pantas

Utusan Sarawak 4 hours ago
ANAK BUAYA… Anggota APM Lawas menunjukkan anak buaya yang berjaya mereka tangkap di jalan Kampung Baru Sundar, semalam. Foto APM Lawas

LAWAS:  Angkatan Pertahanan Awam (APM) Lawas  berjaya menangkap seekor anak buaya yang tersesat di kawasan rumah penduduk di Kampung Baru, Sundar di sini, semalam.

Reptilia itu dipercayai tersesat sebelum ditemui penduduk di kawasan terbabit yang kemudiannya bertindak menghubungi pihak APM.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Daerah Lawas Leftenan (PA) Maradona Tatah berkata pihaknya menerima panggilan pada 8.30 malam daripada penduduk yang mendakwa buaya di atas jalan di berhampiran rumah berkenaan.

Katanya, sepasukan anggotanya bergegas ke lokasi yang jauhnya 29 kilometer (km) dari Pusat Kawalan Operasi Daerah Lawas.

TANGKAP BUAYA… APM Lawas menangkap anak buaya yang agresif di Kampung Baru, Sundar Lawas, semalam. Foto APM Lawas

“Setibanya di lokasi, pasukan mendapati anak buaya tersebut berada di sebelah rumah penduduk dan berpotensi mengancam keselamatan penduduk setempat.

“Pasukan operasi telah berjaya menangkap anak buaya tersebut menggunakan teknik menjerut dengan selamat dan terkawal,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Terdahulu, seramai tiga anggota APM Lawas menyertai operasi itu yang ditamatkan pada 9.48 malam.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pupuk dan pelihara perpaduan untuk jamin masa depan baik
Next: Program Berkhatan DUN Kabong ringankan beban ibubapa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.