Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Anak buaya ceroboh belakang rumah berjaya ditangkap
  • Utara
  • WILAYAH

Anak buaya ceroboh belakang rumah berjaya ditangkap

Utusan Sarawak 5 hours ago
BAHAYA… Anggota bomba ketika menangmap seekor anak buaya di belakang rumah di Desa Pujut 1M, Bandar Baru Permyjaya, di sini awal pagi tadi. Foto BBP Lopeng

MIRI: Seekor anak buaya berada di kawasan belakang rumah yang berpotensi mengancam keselamatan berjaya ditangkap oleh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng pada awal pagi tadi.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) BBP Lopeng, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 3.47 pagi berhubung kehadiran seekor anak buaya di belakang rumah di Desa Pujut 1M, Bandar Baru Permyjaya.

“Sepasukan anggota bomba telah digerakkan serta-merta dan tiba di lokasi kejadian pada 3.58 pagi.

“Operasi diketuai oleh PBK I Mohammad Fairus Apit dengan kekuatan anggota dan logistik melibatkan sebuah jentera FRT Scania serta sebuah EMRS.

“Setibanya di lokasi, pasukan bomba mendapati seekor anak buaya berada di kawasan belakang kediaman pengadu, yang berpotensi mengancam keselamatan penduduk,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, pasukan bomba bertindak pantas dan berjaya menangkap anak buaya tersebut menggunakan tali dengan kaedah selamat dan terkawal.

“Operasi berjaya dikawal sepenuhnya pada 4.20 pagi dan ditamatkan pada 4.27 pagi tanpa sebarang kecederaan atau insiden tidak diingini.

“Anak buaya berkenaan kemudiannya dilepaskan semula ke habitat asal sebelum pasukan bomba beredar dan kembali ke balai pada 4.49 pagi,” jelasnya lagi.

Sehubungan itu, JBPM menasihatkan orang awam supaya sentiasa berwaspada dan segera melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya menemui hidupan liar berbahaya di kawasan kediaman bagi mengelakkan sebarang risiko keselamatan.

Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 330 penduduk terputus hubungan terima bantuan makanan di Tatau
Next: MBKS angkat nilai bandar penyayang melalui pertunjukan fesyen dan pertandingan poster

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.