Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Anak Billy Bone minat wakili Malaysia
  • SUKAN

Anak Billy Bone minat wakili Malaysia

Utusan Sarawak 5 years ago
SAMUEL BONE

Anak kepada bekas pemain import Sarawak, Billy Bone iaitu Samuel Bone dilihat berminat untuk beraksi bersama skuad Harimau Malaya di pentas antarabangsa.

Memetik laporan VOCKET FC, baru-baru ini, menerusi laman Instagram Story Samuel, pemain berusia 21 tahun yang dilahirkan di Kuching, Sarawak itu bertanyakan kepada peminat sama ada mereka bersetuju sekiranya beliau menyarung jersi Malaysia.

Samuel merupakan pemain pertahanan tengah namun berupaya diletakkan sebagai pemain tengah. Mempunyai ketinggian 1.83 meter, Samuel adalah graduan daripada kelab England, Charlton FC.

Setelah meninggalkan Charlton pada 2017 lalu, pemain yang mesra dipanggil Sam ini menyertai kelab divisyen pertama Ireland, Shamrock Rovers yang mana beliau beraksi bersama kelab itu selama satu setengah musim.

Pada awal musim 2019/2020, Samuel Bone meninggalkan Shamrock dan menyertai satu lagi kelab Ireland, Waterford FC. Menurut data yang diambil daripada Transfermarkt, Sam membuat empat penampilan dalam saingan SSE Airtricity League Premier Division dan menjaringkan satu gol.

Seorang lagi pemain yang menunjukkan minat untuk beraksi bersama Malaysia ialah Marcel Kalonda, pemain pertahanan yang dilahirkan di Sabah.

Continue Reading

Previous: Petinju akan disaring
Next: Juventus pantau Higuain

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.