Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Anak biawak masuk tandas, Bomba Lutong segera bertindak
  • Utara
  • WILAYAH

Anak biawak masuk tandas, Bomba Lutong segera bertindak

Utusan Sarawak 4 days ago

TINDAKAN PANTAS… Anggota bomba dari BBP Lutong menangkap seekor anak biawak yang ditemui dalam tandas sebuah rumah di Tudan, Miri.

MIRI: Seorang wanita berdepan detik cemas apabila menemui seekor anak biawak berada di dalam tandas rumahnya di Tudan, di sini, hari ini.

Wanita berkenaan segera menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong bagi mendapatkan bantuan menangkap haiwan liar tersebut.

Ketua BBP Lutong, Henry Jugah, berkata sepasukan anggota dengan sebuah jentera FRT Scania bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada 11.28 pagi.

“Setibanya di lokasi, pasukan bomba mendapati seekor anak biawak berada di dalam tandas rumah pengadu.

“Anggota bertindak menangkap reptilia berkenaan menggunakan penjerut ular,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menambah, operasi tamat sepenuhnya pada 11.46 pagi dan tiada sebarang kecederaan atau kemalangan dilaporkan.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Tiga projek RTP bernilai RM400,000 dilaksana di DUN Jepak
Next: ADUN Jepak cadang tubuh Pasukan Bomba Sukarelawan di Setulan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.