Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Anak bekas pemimpin negara ditahan, polis temukan dadah dalam kereta
  • JENAYAH

Anak bekas pemimpin negara ditahan, polis temukan dadah dalam kereta

Utusan Sarawak 1 day ago
GAMBAR hiasan

KUALA LUMPUR: Seorang anak lelaki bekas pemimpin negara telah ditahan selepas polis menemukan dadah dalam kereta miliknya di Lebuhraya Sprint berhampiran Plaza Tol Damansara di sini, semalam.

Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar mengesahkan penahanan lelaki berusia 20-an itu.

Difahamkan lelaki terbabit memandu secara mengundur dengan laju dan berbahaya serta berada dalam keadaan mencurigakan di Kilometer 0.6 lebuh raya terbabit.

Pemeriksaan terhadap keretanya menemukan sejumlah kecil heroin bersama beberapa peralatan dipercayai digunakan untuk penyalahgunaan dadah.

Lelaki itu dibawa ke Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya untuk tindakan selanjutnya.

Menurut sumber lelaki itu turut mempunyai dua rekod lampau berkaitan dadah. – Bernama

Continue Reading

Previous: Serbuan mengejut di kelab malam dan ‘port’ judi dalam talian, 79 PATI ditahan
Next: Two arrested over attempted cable theft in Kota Samarahan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.