Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Amorim tidak mahu jawab kritikan secara terbuka, hanya mahu United catat kemenangan
  • SUKAN

Amorim tidak mahu jawab kritikan secara terbuka, hanya mahu United catat kemenangan

Utusan Sarawak 4 days ago

Ruben Amorim. Foto AFP

MANCHESTER, England: Pengendali Manchester United, Ruben Amorim menegaskan hanya keputusan positif di tengah padang mampu menutup mulut pengkritiknya menjelang aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Sunderland yang mungkin menentukan masa depannya.

Amorim hanya mengutip 34 mata daripada 33 perlawanan liga sejak mengambil alih di Old Trafford pada November lalu.

Kegagalan menewaskan Sunderland yang baru dinaikkan dan kini menghuni tangga kelima liga, malam ini boleh menjadi detik terakhir buat Amorim sebelum rehat dua minggu bagi perlawanan antarabangsa.

Selepas menamatkan saingan di tangga ke-15 musim lalu – kempen terburuk United sejak tersingkir pada 1974 – Amorim tetap diberi sokongan dengan peruntukan lebih £200 juta (RM1.13 bilion) dalam pasaran perpindahan.

Namun tanda-tanda peningkatan masih kabur apabila Red Devils terperosok di tangga ke-14 selepas enam perlawanan musim ini.

“Anda tidak boleh lari daripada keputusan dan kemudian ada pula beban daripada musim lalu,” kata Amorim pada sidang media praperlawanan, semalam.

“Musim lalu bagi saya, tidak penting.”

Keengganan Amorim untuk mengubah formasi kegemarannya 3-4-3, turut dipersoalkan ramai penganalisis termasuk bekas kapten United, Gary Neville dan penjaring terbanyak sepanjang zaman kelab Wayne Rooney.

Jurulatih berusia 40 tahun itu menegaskan tiada gunanya menjawab kritikan secara terbuka kerana hanya keputusan mampu menyelamatkan jawatannya.

“Sekarang bukan masa untuk bercakap, ia masa untuk buktikan,” katanya.

“Perlawanan musim ini bagi saya amat berbeza.

“Kami sudah pamerkan dalam beberapa aksi. Tetapi pada perlawanan lain kami tidak jadi pasukan yang sama.

“Saya tiada apa mahu dikatakan ketika ini. Tugas saya adalah mempersiapkan pasukan dan melangkah ke perlawanan seterusnya.” – AFP

Continue Reading

Previous: Penyokong England kecam harga tiket Piala Dunia
Next: Aksi sengit warnai penutup Kejohanan Bola Tampar TKB Bawah 15 Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.