Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Amorim mahu perhitungan bersama Tottenham lebih bermakna
  • SUKAN

Amorim mahu perhitungan bersama Tottenham lebih bermakna

Utusan Sarawak 17 hours ago
UNITED mara ke final Liga Europa selepas menewaskan Athletic Bilbao dengan agregat 7-1. Foto AFP

MANCHESTER: Pengurus Manchester United, Ruben Amorim berkata kemaraan pasukannya ke perlawanan akhir Liga Europa tidak akan bermakna sekiranya mereka gagal menewaskan Tottenham dalam aksi penentu yang bakal berlangsung di Bilbao hujung Mei ini.

Pasukan Amorim yang bergelut dalam saingan domestik membenam Athletic Bilbao dengan agregat 7-1 untuk menempah tiket ke final kejohanan kelab tahap kedua Eropah itu.

Kelab yang kini berada di kedudukan ke-15 Liga Perdana Inggeris (EPL) itu akan berdepan Tottenham Hotspur yang menghuni tangga ke-16 pada 21 Mei di Wilayah Basque, dengan pemenangnya bakal meraih slot ke Liga Juara-Juara (UCL) musim depan.

“Ia sekurang-kurangnya sesuatu yang boleh kami lakukan untuk penyokong, atas sokongan yang mereka berikan sepanjang musim sukar ini,” kata Amorim selepas United menewaskan Athletic 4-1 dalam aksi timbal balik di Old Trafford awal pagi tadi.

“Saya sudah berasa tertekan kerana perlawanan akhir itu. Jika kami gagal, semuanya tidak bermakna, tetapi kami gembira berada di sana jadi, kita lihatlah nanti.

“Saya sedar saya sepatutnya menjadi pengurus yang lebih baik dan pasukan juga seharusnya lebih baik ketika ini, namun kami sedang mencuba. Kami beraksi agak baik dalam kempen Eropah tetapi sedang bergelut dalam EPL.”

Tottenham mara ke final selepas menewaskan kelab Norway, Bodo/Glimt dengan agregat 5-1.

Pasukan kendalian Ange Postecoglou turut melalui musim yang mencabar seperti United dan melihat kemenangan dalam Liga Europa sebagai satu-satunya cara untuk menyelamatkan musim mereka.

Tottenham sudah pun menewaskan United sebanyak tiga kali musim ini – dengan kemenangan 3-0 dan 1-0 dalam saingan liga, serta 4-3 dalam Piala Liga.

“Kami perlu turun dengan skuad penuh menentang Tottenham, kekal fokus sepanjang permainan, berharap ada sedikit tuah, dan kami mesti bersikap klinikal,” kata Amorim.

“Saya dan Ange melalui detik yang hampir serupa. Ini adalah saat yang sukar dan hanya seorang daripada kami yang akan menang. Ia akan menjadi perlawanan akhir yang besar dan kami akan cuba memenanginya.” – AFP

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: FIFA sahkan bandar tuan rumah Piala Dunia Wanita 2027
Next: Nurul Izzah Izzati fokus tingkat jisim otot

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.