Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Amorim bimbang Fernandes terpaksa berehat ‘agak lama’
  • SUKAN

Amorim bimbang Fernandes terpaksa berehat ‘agak lama’

Utusan Sarawak 9 hours ago
Pemain tengah Manchester United, Bruno Fernandes (kanan), mengalami kecederaan ketika menentang Aston Villa. – Foto AFP

BIRMINGHAM (United Kingdom): Pengurus Manchester United, Ruben Amorim bimbang kapten pasukannya Bruno Fernandes akan terpaksa berehat “agak lama” selepas mengalami kecederaan ketika kekalahan 1-2 kepada Aston Villa, awal pagi tadi.

Fernandes, yang beraksi dalam setiap perlawanan Liga Perdana Inggeris musim ini, hampir pasti tidak dapat meneruskan rekod tersebut selepas mengalami kecederaan di Villa Park.

Pemain tengah Portugal berusia 31 tahun itu pada awalnya meneruskan permainan meskipun kelihatan mengalami masalah hamstring sebelum rehat, namun tidak kembali untuk babak kedua.

Amorim mengesahkan tonggak utama itu akan terlepas pertemuan Boxing Day menentang Newcastle United, selain menimbulkan keraguan besar terhadap kebolehannya beraksi sepanjang jadual padat Krismas dan Tahun Baharu.

“Ia kecederaan tisu lembut. Saya rasa dia akan terlepas beberapa perlawanan. Saya tidak pasti sepenuhnya, jadi kita perlu lihat,” kata Amorim.

“Kita tidak boleh mengawal perkara seperti ini. Dia pemain yang sentiasa cergas, jadi mungkin dia boleh pulih dengan baik, tetapi saya tidak tahu.”

Kehilangan Fernandes menambah lagi masalah kecederaan United apabila pemain tengah England Kobbie Mainoo turut terlepas perlawanan menentang Villa akibat kecederaan betis.

Pemain berusia 20 tahun itu sebelum ini menjadi tumpuan menjelang aksi Ahad lalu selepas abang tirinya memakai kemeja-T bertulis ‘Free Kobbie Mainoo’ ketika keputusan seri 4-4 menentang Bournemouth pada Isnin.

Mainoo sepatutnya berpeluang membuat penampilan sulung liga musim ini menentang Newcastle, namun kini dijangka turut tersisih.

“Saya akan lihat apa yang perlu kami lakukan. Kobbie Mainoo tiada, Bruno juga tiada. Kami akan cari penyelesaian. Tiada alasan,” tegas Amorim.

“Kami perlu menang perlawanan seterusnya dan kami akan cuba menang.”

Sementara itu, Casemiro bakal kembali daripada penggantungan ketika menentang Newcastle, namun Bryan Mbeumo, Amad Diallo dan Noussair Mazraoui kini beraksi di Piala Negara-Negara Afrika.

Matthijs de Ligt dan Harry Maquire juga masih belum cergas.

Krisis pemilihan pemain United mencetuskan persoalan mengenai kemungkinan pembelian baharu pada jendela perpindahan Januari, namun Amorim enggan bertindak terburu-buru.

“Kami perlu menanganinya. Apa yang kami tidak boleh buat ialah masuk Januari dan cuba lakukan segalanya secara tergesa-gesa lalu membuat kesilapan, kemudian ‘berulang lagi’ dengan banyak kesilapan,” katanya.

“Saya tidak akan kata ‘kami perlukan ramai pemain’ kerana kami ada perancangan. Jika kami perlu berkorban, kelab didahulukan.

“Sudah tentu kami perlukan mata ketika ini, tetapi kami akan terus mencari penyelesaian dan berpegang pada pelan kami.” – AFP

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Rogers wira Villa benam United, hidup peluang rebut kedudukan teratas
Next: Sukan SEA 2027: Semua 17 acara di Sarawak akan diadakan di Kuching

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.