Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Amorim anggap tiada aksi Eropah beri kelebihan buat United
  • SUKAN

Amorim anggap tiada aksi Eropah beri kelebihan buat United

Utusan Sarawak 4 days ago

Ketua jurulatih Manchester United Ruben Amorim pada sidang media pramusim menentang ASEAN All-Stars di sebuah hotel hari ini. --fotoBERNAMA  

KUALA LUMPUR: Pengendali Manchester United, Ruben Amorim, melihat ketiadaan kelab itu dalam saingan di pentas Eropah musim depan sebagai satu kelebihan dalam usaha membina semula pasukan yang lebih mantap bagi menghadapi kempen akan datang.

Jurulatih berusia 40 tahun dari Portugal itu berkata kegagalan layak ke kejohanan Eropah membuka ruang untuk pasukannya melakukan persiapan lebih rapi bagi menghadapi musim baharu.

“Tiada aksi Liga Juara-Juara mungkin memberi kelebihan buat kami – untuk beraksi dengan lebih baik dan merancang setiap perlawanan dengan teliti. Kami perlu membina teras kukuh bagi masa depan.

“Jadi saya lihat ia sesuatu yang baik untuk kami manfaatkan,” katanya pada sidang media praperlawanan Piala Cabaran Maybank antara United dan ASEAN All-Stars, di sini, hari ini.

United gagal melayakkan diri ke mana-mana kejohanan Eropah musim depan selepas menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di tangga ke-15 dengan hanya mengutip 42 mata.

Ketika ditanya mengenai sasaran musim depan, Amorim enggan mendedahkan secara terperinci.

“Saya tidak akan kongsikan sekarang. Yang penting, kami perlu menang perlawanan pertama dahulu. Selebihnya kita lihat kemudian. Banyak kerja perlu dilakukan sepanjang musim panas ini dan kami perlu bersedia.

“Peminat pasti menjangkakan sesuatu yang besar daripada Manchester United, tetapi buat masa ini, saya tidak mahu terlalu memikirkan soal sasaran besar,” katanya.

Dalam pada itu, Amorim turut menyatakan keterbukaan United untuk mengambil pemain dari mana-mana rantau termasuk Asia Tenggara, asalkan pemain berkenaan mampu memenuhi standard kelab.

“Kami mahukan pemain terbaik dunia. Jika saya lihat ada pemain skuad ASEAN All-Stars yang berkualiti, dia mungkin tersenarai dalam radar kami. Asal sahaja anda mampu beraksi pada tahap tertinggi, anda ada ruang di United,” katanya.

Pertembungan antara United dan ASEAN All-Stars akan berlangsung malam esok di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Untuk rekod, kali terakhir Manchester United beraksi di Malaysia adalah pada siri jelajah pramusim 2009, menewaskan Malaysia XI sebanyak dua kali dengan keputusan 3-2 dan 2-0.

Selepas aksi di Kuala Lumpur, skuad Red Devils yang bergelut sepanjang musim ini turut dijadualkan bertemu skuad kebangsaan Hong Kong di Stadium Hong Kong pada 30 Mei ini.

— BERNAMA

Continue Reading

Previous: Amorim tersipu-sipu ‘alarm’ telefon ganggu sidang media United, ASEAN All-Stars
Next: Pemandu rempuhan kereta di Liverpool disyaki ambil dadah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.