Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Amirruddin Ahmat harumkan nama Sarikei di London
  • SEMASA

Amirruddin Ahmat harumkan nama Sarikei di London

Utusan Sarawak 3 weeks ago
TAHNIAH…. Amirruddin Ahmat bergambar bersama Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan. Foto FB Datuk Len Talif Salleh

SARIKEI: Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh melahirkan perasaan gembira dengan pencapaian anak kelahiran Sarikei di London.

Katanya, pencapaian cemerlang Amirruddin Ahmat berjaya menerajui penganjuran Program Lan Berambeh Edisi London, United Kingdom (UK) 2025.

“Sebagai wakil rakyat bagi kawasan N.41 Kuala Rajang, saya berasa amat bangga dan teruja melihat pencapaian cemerlang anak kelahiran Sarikei, saudara Amirruddin Ahmat, berjaya menerajui penganjuran Program Lan Berambeh Edisi London, United Kingdom (UK) 2025.

“Lebih membanggakan, program ini merupakan julung kalinya diadakan di luar negara, khususnya di benua Eropah, menandakan satu lagi detik bersejarah dalam usaha memperkukuh jaringan anak Sarawak di perantauan selain menjadi ‘jambatan’ yang menghubungkan pelajar dengan pemimpin-pemimpin utama Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam hantaran media sosial rasmi Facebooknya, hari ini.

Katanya, Amirruddin merupakan anak ketiga daripada empat beradik, kini sedang melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana dalam bidang Subsurface Energy Engineering di University of Manchester, sebuah institusi di peringkat antarabangsa.

“Tahniah anak Sarikei! Teruskan melakar kejayaan dan mengharumkan nama Sarawak di mata dunia,” katanya.

Oleh Earl Anek

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Media Malaysia bersedih atas pemergian wartawan veteran James Ritchie
Next: Kembara Sains Borneo 2025 dekatkan PSN ke sekolah Sabah, Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.