Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Ambulans terlibat kemalangan semasa perjalanan kecemasan di Sarikei
  • KEMALANGAN

Ambulans terlibat kemalangan semasa perjalanan kecemasan di Sarikei

Utusan Sarawak 2 hours ago

KEMALANGAN….Kemalangan jalan raya melibatkan ambulans dan kereta jenis Honda Jazz di lampu isyarat Jalan Masjid Lama/Jalan Shariff Manshor, pagi tadi. Foto IPD Sarikei

SARIKEI: Perjalanan kecemasan sebuah ambulans Kementerian Kesihatan (KKM) menuju ke Hospital Sarikei tergendala apabila terlibat kemalangan dengan sebuah kereta jenis Honda Jazz di lampu isyarat Jalan Masjid Lama/Jalan Shariff Manshor.

Ketua Polis Daerah (KPD) Sarikei, Superitenden Aswandy Anis berkata, pihaknya menerima maklumat berkenaan kemalangan tersebut sekitar 11.20 pagi.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila pemandu ambulans, seorang lelaki berumur 41 tahun membawa pesakit dari arah Jalan Masjid Lama menuju ke Hospital Sarikei, manakala pemandu Honda Jazz seorang lelaki berumur 52 tahun dari arah Jalan Shariff Manshor menuju ke bandar Sarikei.

“Semasa pemandu Honda Jazz melalui lampu isyarat yang masih berwarna hijau, dia telah bertembung dengan ambulans yang menggunakan siren dan lampu kecemasan dari arah kanan (Jalan Masjid Lama) menuju ke Hospital Sarikei.

“Akibat daripada kemalangan ini, penumpang hadapan Honda Jazz iaitu seorang wanita berumur 36 tahun mengalami kecederaan di bahu, manakala kedua-dua pemandu Honda Jazz dan ambulans tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Katanya, kemalangan ini disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan.

“Mana-mana pihak yang mempunyai maklumat kejadian diminta berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor Ahmad Mustaqim di talian 010-4427240.

“Pengguna jalan raya dinasihati supaya sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang semasa memandu di jalan raya,” katanya.

Oleh Earl Anek

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Pemandu kereta cedera, kemalangan jalan raya di Tanjung Bijat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.